Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Saturday 13 October 2012

Amali Pendidikan Jasmani

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Hai semua, pada kali ini kita akan bersama-sama berkongsi suatu perkongsian yang cukup menarik. Mungkin juga info ini bermanfaat terutamanya bagi pelajar yang mengambil dalam bidang berkaitan pendidikan jasmani. Untuk pengetahuan anda, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek minor bagi pelatih PPISMP Sejarah seperti kami. Jadi, pada kali ini marilah kita bersama-sama menyaksikan beberapa titipan gambar menarik. Semuanya berkaitan aktiviti permainan tradisional yang perlu dititikberatkan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Jom kita saksikan bersama :

Ini merupakan aktiviti bagi permainan tradisional 'Tarik Tali'.

Aktiviti ini melibatkan perlawanan di antara dua belah pihak. Dalam gambar, Daniel sedang memberikan tunjuk ajar dan penerangan lanjut

Pada pusingan pertama ini, hanya melibatkan pelatih lelaki sahaja

Ainol & Evelyn selaku Ahli Kumpulan pembentang bagi aktiviti permainan 'Tarik Tali' ini sedang memberikan penerangan

Ini merupakan pusingan kedua, yang mana melibatkan perlawanan pihak pelatih perempuan


chewwahh...dede & tielah sempat berposeng lagi tuuu...

Wah, Mai bukan main lagi bersungguh ye...
Seterusnya pada aktiviti amali yang kedua pula ialah melibatkan aktiviti permainan tradisional 'Batu Seremban'.

Aktiviti ini melibatkan beberapa pemain di dalam satu kumpulan

Nita & Evelyne berbincang sebelum memulakan sesi permainan

Jamili bermain bersama Gumat & Fahmi


Wah, Douglas bersemangat gitu...


Sir. V.G sedang memberikan tips berguna..
Yaseer tengah bersemangat memberikan petua ye...
  
sambil bermain, Mai tidak ketinggalan bercerita tentang sejarah permainan tradisional ini..

Seterusnya kita pergi pula kepada aktiviti permainan yang ketiga iaitu permainan tradisional 'Baling selipar'.
Para pelatih dikehendaki berlari dengan sepantas yang boleh supaya dapat meyelamatkan diri dari dibaling selipar oleh pihak lawan

Masing-masing berusaha untuk mnyelamatkan diri

Dyan sedang mengejar pihak lawan

permainan ini sememangnya menyeronokkan dan mencabar


Sememangnya aktiviti permainan dapat menguji ketangkasan diri sendiri dan pihak lawan. Melalui aktiviti permainan ini juga, kita dapat menimba banyak ilmu pengetahuan bagaimana untuk meyelamatkan diri sendiri dari diburu oleh bahaya.

Manakala aktiviti permainan tradisional yang terakhir pula ialah permainan 'Datuk Harimau'. Jom kita saksikan beberapa gambar yang menarik, sebelum itu, mari kita tengok sedikit rakaman bagaimana cara permainan tradisional ini. Selamat menonton :

*Peringatan : Sesetengah rangkaian internet tidak akan dapat mengakses video tersebut atas sebab disekat oleh perkhidmatan rangkaian internet yang anda gunakan. Sebagai contoh jika anda menggunakan 'wifi yg disediakan oleh KPM', ianya akan menyekat perjalanan rakaman video seperti ini. Harap maklum. 
Terima Kasih




Melalui gambar, kita dapat menyaksikan beberapa orang pelatih sedang  beratur dalam satu barisan. Muja adalah ketua  yang akan melindungi anak-anak buahnya yang di belakang
fuyyoohh...wajah Jeff yang menggerunkan...


Jefferson merupakan Musuh yang akan menangkap mangsa-mangsanya

Ini merupakan aktiviti yang dilakukan oleh para pelatih perempuan. Dyan selaku musuh yang akan menangkap mangsanya
 Tidak ketiggalan juga, Sir V.G ada berkongsi satu lagi aktiviti permainan tradisional yang digelar 'Galah Panjang'. Jom kita saksikan sedikit rakaman ini :


*Peringatan : Sesetengah rangkaian internet tidak akan dapat mengakses video tersebut atas sebab disekat oleh perkhidmatan rangkaian internet yang anda gunakan. Sebagai contoh jika anda menggunakan 'wifi yg disediakan oleh KPM', ianya akan menyekat perjalanan rakaman video seperti ini. Harap maklum. 
Terima Kasih



Sir V.G sedang memberikan taklimat tentang permainan 'Galah Panjang'.

Sememangnya aktiviti amali yang melibatkan permainan tradisional ini sangat bermanfaat dan berguna buat tatapan kita semua. Melalui aktiviti-aktiviti seumpamanya ini, ianya bukan sahaja menguji daya ketangkasan para pemain malahan ianya juga dapat menambahkan daya kreativiti bagi setiap pelatih yang membentangkan hasil kerja masing-masing dalam satu kumpulan.
Tidak lupa juga perhargaan terima kasih buat Sir. Vijayen atau lebih mesra dengan panggilan Sir. V.G yang banyak memberikan bimbingan serta tunjuk ajar semasa sesi aktiviti amali dijalankan.

Akhir kata, semoga prestasi dan kerjasama yang diberikan oleh semua pelatih semasa aktiviti seperti ini berlangsung akan berterusan pada masa-masa akan datang kelak.

Sekian, Wassalam.



1 comment:

  1. blog yang bagus, teruskan post entri-entri yang menarik... =)

    ReplyDelete