Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Friday 31 August 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa, 31.Ogos merupakan Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita Malaysia. Hari ini merupakan hari bersejarah yang disambut dengan penuh semnagat patriotisme oleh semua rakyat berbilang kaum di negara kita. Oleh itu, sempena hari penuh bersejarah ini, kami mengucapkan Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang KE-55. 



Marilah kita bersama-sama menyemai semangat nasionalisme dalam diri masing-masing. Jika diimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang mempertahankan negara kita, bukan senang sebenarnya bagi mereka menuntut kemerdekaan dan memperjuangkan keselamatan serta keamanan negara kita dari belenggu para penjajah.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang dan semangat cintakan tanah air kita. Melalui peperangan dan perjuanganlah langkah yang membawa kepada kemerdekaan. Jangan sesekali membiarkan diri anda berada dalam belenggu "Penjajahan Minda". Usah biarkan minda kita dijajah sekali lagi, hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar.

Sekian, Wassalam.

Wednesday 29 August 2012

Geng Sejarah...beraya dengan 'KELUPIS'

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pada 27.Ogos.2012, bersamaan hari Isnin yang lepas kelas kami telah menyambut hari raya bersama mentor tersayang iaitu En. Johan. Sambutan raya tersebut diraih dengan menjamu selera bersama 'Kelupis'. Ianya diadakan di kelas Salong, IPG Kampus Keningau.

Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional kaum Brunei. Kelupis dimasak menggunakan beras pulut dan sesuai dihidang bersama rendang atau apa jua masakan yang bersesuaian. Ingin tahu selanjutnya tentang kelupis, jom sama-sama kita saksikan gambar yang sempat dipetik :

Mentor, En.Johan bersama menjamu selera

masing-masing sibuk menikmati hidangan 

Penolong Opsyen Unit, Noralifah (Lifah) sedang merasa hidangan

Noorfatilah (Tielah) sedang membawa santapan

sempat bergurau senda sambil menjamu selera






Ewah..ewah.. ada yang second round menambah ni...

Rosdianah (Dyan).. sibuknya dia memproses kacang soya 'TARIK' tu...

tengoklah apa yang Yaseer buat tu...hehe



Inilah Kuih Kelupis Makanan Tradisional Kaum Brunei

Sememangnya sambutan raya kali ini merupakan sambutan raya yang pertama kalinya diadakan dan disambut oleh kelas PPISMP Sejarah GSTT. Acara kali ini sangat meriah walaupun diadakan dalam kesederhanaan cuma.
Sesungguhnya sambutan raya tersebut membuatkan kemesraan dan hubungan erat sesama pelatih dan mentor dapat ditingkatkan lagi. Akhir kata, semoga sambutan raya kali seterusnya dapat dirayakan dengan lebih meriah.

Sekian, Wassalam..

Sunday 26 August 2012

:: Selamat kembali berkuliah ::

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, cuti pun telah tiba di penghujungnya. Maka, bermulalah kisah pelajar IPG untuk memulakan sesi kuliah. Walau bagaimanapun bahang lebaran Syawal masih terasa. Rata-rata memang ramai yang terasa berat hati untuk kembali semula menunaikan kewajipan sebagai pelajar. Hati masih di kampung lah katakan. Namun apakan daya, kewajipan tetap kewajipan dan sebagai penuntut yang bakal bergelar GURU, perjuangan tetap diteruskan hingga ke penghujung kejayaan kelak. 


Oleh itu, kami mengucapkan selamat kembali berkuliah buat semua bakal pendidik di seluruh Malaysia, khususnya buat rakan-rakan seperjuangan penuntut IPG. Semoga di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini akan dapat memberikan seribu satu kejayaan dan kerahmatan buat kita semua. 


Apa-apa pun, yang penting jangan ponteng kelas tau...Ingat tu !!!

Sekian, Wassalam.




Thursday 23 August 2012

:: Selamat Bercuti ::

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Rasanya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat di Malaysia, khususnya buat semua warga pendidik dan warga IPG di seluruh Malaysia terutamanya...




Walau apa pun, tidak lupa juga ucapan selamat hari raya aidilfitri diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Dengan ingatan tulus ikhlas, maaf zahir & batin...

Raya, raya juga. Namun, assgment jangan dilupakan ok..

Sekian, wassalam..

Saturday 18 August 2012

Jamuan Berbuka puasa di rumah Pn. Afinah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 1 hb.Ogos yang lalu, bersamaan hari Rabu kami telah dijemput menjamu selera sempena jamuan berbuka puasa di rumah pensyarah tersayang iaitu Pn. Afinah. Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar yang dipetik :

Lihatlah gelagat mereka..ish3x...



Pn. Afinah tetap setia melayan kerenah pelajarnya

Masa menjamu selera pun sempat poseng...

dari kiri... corina, dayang(o'on) & Noralifah

amboi3x....

memang meriah...




Sempat tengok olimpik lagi...


Apa-apa pun majlis berbuka puasa yang diadakan di rumah Pn.Afinah sangat menyeronokkan. Segala aktiviti memasak dan makan-makan memang mengambil masa yang agak lama. Namun, tidak sia-sia kerana segalanya berjalan dengan lancar.

Sesungguhnya kami mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih di atas jasa baik Pn. Afinah yang sudi mengundang kami ke jamuan berbuka puasa yang diadakan di rumah beliau. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa baik beliau, Amin Ya Rabbal'alamin. 

Sekian, Wassalam.

Wednesday 15 August 2012

:: Upacara Perasmian Buletin & Blog ::

30 Julai yg lalu, Isnin telah berlangsung upacara perasmian buletin dan blog bagi kelas Ppismp Sejarah Gstt. Bertempat di Dewan Tan Sri Sufian Koroh. Ianya berlangsung bersamaan dengan berlangsungnya perhimpunan rasmi bulanan IPG Kampus Keningau. Syukur alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan jayanya berkat kerjasama dari pihak terlibat.

Jom kita sama-sama saksikan gambar-gambar yang sempat dititipkan :

Bermulanya upacara perasmian buletin



(dari kiri) Evelyn, Rosdianah(dyan)

douglas sedang membawa keratan buletin  beralaskan dulang


Jefferson(Jeff) sedang bekerja keras mengedar buletin selaku  'Posmen'





Pengarah IPG K.Keningau(Puan Rujinah Miki) serta semua Para Pensyarah yang terlibat termasuklah Jabatan Kajian Sosial & Unit HEP

Maisarah (Mai) bertugas memberi ucapan

Daniel bertugas sebagai juruteknik

Tandatangan daripada Pengarah IPG K.Keningau (Puan Rujinah Miki)






Terima Kasih dan sejuta penghargaan diucapkan buat kelas PPISMP BM Sem.3 yang sudi memberikan peluang serta ruang semasa kami menggunakan masa mereka bertugas mengendalikan perhimpunan rasmi bulanan tersebut dan segala bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh Para Pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial serta pihak-pihak yang turut memberikan sumbangan dan kerjasama. Dengan kerjasama dari pihak terbabit segala-galanya berjalan dengan lancar dan cemerlang. Semoga di program-program yang akan datang ianya akan berlangsung dengan jayanya, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam