Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Friday 30 October 2015

Pelancaran Program Minggu Alam Sekitar.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 13 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya Pelancaran Minggu Alam Sekitar. Ianya bertempat di Astaka, Padang IPG Kampus Keningau Sabah. Program ini bertujuan untuk menanam nilai-nilai kecintaan terhadap alam sekitar.

Setiap Jabatan, Unit dan Opsyen akan dibahagikan kepada beberapa bahagian penanaman pokok. Bagi opsyen kami yang berada di bawah Jabatan Kajian Sosial telah diberikan pokok buah durian untuk ditanam.

Jom kita saksikan bebrapa slot berikut :

Sebelum penanaman pokok durian











Semasa aktiviti penanaman...




















Selepas aktiviti ..




Kami sempat merakamkan kenangan bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Hj. Baharom Mohd. Nor yang akan berpindah untuk urusan kenaikan pangkat sebagai Pengarah di IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan...





Di bawah ini pula hasil penanaman pokok buah durian kami selepas 1 minggu kemudian...





Kebiasaannya pokok buah durian akan menghasilkan buahnya selepas 3-5 tahun berikutnya. Jadi, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga ianya membuahkan hasil kelak.. amin ya rabbal'alamin...

Sekian, Wassalam.

Wednesday 19 August 2015

Sesi Mentoring Bersama Bonda...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 17 Ogos yang lalu bersamaan hari Isnin, kelas kami iaitu PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013 telah mengadakan aktiviti memasak bersama mentor kami iaitu Bonda Philis@ Nur Ain Shahira. 

Jom kita sama-sama saksikan rakaman-rakaman menarik dari lensa kamera android kami orang ni...

Sebelum acara memasak, kami bergotong-royong menyediakan bahan-bahan berkaitan masakan seperti memotong ayam, daging iaitu dagng payau dan daging lembu, bawang-bawang serta pelbagai bahan lagi.

















Setelah sesi menyediakan bahan-bahan masakan tersebut selesai, bermulalah acara memasak. Kami berbahagi beberapa kumpulan untuk menyiapkan masakan. Contohnya seperti memasak ayam masak merah, daging payau masak kari dan daging lembu masak kicap, sambal udang, sambal belacan, makaroni mayonise dan air sirap yang unik iaitu gabungan lemon+Soda+anggur.

Semuanya enak-enak belaka. Kami sajikan anda dengan beberapa slot gambar yang sempat kami rakamkan ya...

Sesi memasak bersama History Lover Family...
































Tidak ketinggalan kesudian para pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial iaitu Encik Linos Sumping, Encik Juhilin@ Losuyun (Ketua Jabatan), Dr. Ronald Yusry Batahong (mentor kamiorg), Encik Shamrin Surip duduk bersama dengan bonda kami bonda Philis.


Jom, kami belanja anda dengan sajian masakan kami yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera kamiorg ni. Semoga anda semua terhibur, ok..













Tidak lupa titipkanlah doa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rakan kami, salah seorang ahli History Lover Family iaitu Douglas David. Beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal dan mengalami kecederaan patah kaki. Semoga beliau cepat sembuh. Oleh itu, pada sesi mentoring kali ini, beliau tidak dapat menghadirkan diri bersama kami. In Shaa Allah di masa akan datang beliau akan bersama-sama kami di aktiviti pengisian yang lain lagi.

Sesungguhnya aktiviti pengisian pada sesi mentoring kali ini banyak bermanfaat dan sekaligus mengeratkan silaturahim sesama kami bersama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. 

Semoga eratnya silaturrahim ini berterusan dan berkekalan kelak, in Shaa Allah..

Sekian, Wassalam.