Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Thursday 23 May 2013

Selamat bercuti !!!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera....

Wow....Rupa-rupanya kami orang baru perasan, musim cuti semester sudah pun mulai dirasakan oleh semua pelatih IPG-Mod sepenuh masa di seluruh Malaysia. Tahniah!!! diucapkan ok... nikmati cuti anda dengan beriadah bersama keluarga tersayang. Jangan lupa untuk mengisi peluang dan kesempatan dengan pelbagai perkara berfaedah ya..



Sebagai tanda penghargaan bagi menyokong kami orang ni, sudikan lah untuk LIKE page ini ok ;

Dari page tersebut, kita boleh berkongsi pelbagai info dan maklumat yang bermanfaat, insyaALLAH.

Akhir kata, kami warga pelatih PPISMP sejarah Gstt ambilan khas disember 2011, mengucapkan selamat bercuti dan semoga berjaya memperoleh keputusan yang "super2x excelent" untuk peperiksaan semseter baru2 ini.

Semoga kita bertemu lagi di lain kesempatan. Semester depan juga merupakan semester baru dan permulaan bagi kami orang untuk memulakan pembelajaran ke peringkat 'PISMP' semester pertama. Harapan kami, pengakhiran semester akhir peringkat PPISMP ini, kita telah banyak berkongsi pelbagai maklumat yang berguna, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Friday 10 May 2013

Hari Guru + Hari Ibu + Peperiksaan....

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Hai, semua..
Hari ini merupakan hari sabtu 11.Mei bersamaan 1 Rejab 1434 H. Kita juga sedia maklum bahawa hari ini juga merupakan hari ibu, Jadi selamat hari ibu buat semua insan yang bergelar ibu. Tahniah dan syukur alhamdulillah kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab serta komitmen yang sememangnya sukar untuk digalas.



Namun, masih belum terlambat untuk kami mengucapkan 'selamat hari guru' juga buat semua insan yang bergelar guru di seluruh dunia. Terima kasih kerana mendidik dan menaburkan bakti kepada anak-anak didikmu. Semoga anda akan terus setia dan cemerlang dalam meneruskan baktimu, insyaALLAH...


Tidak ketinggalan juga, kami mengucapkan selamat menempuh alam peperiksaan buat semua insan yang bergelar pelajar mahupun sesiapa juga yang sedang atau bakal menghadapinya kelak. Terutama sekali buat semua para pelatih IPG di seluruh Malaysia. 



ingat kawan..jangan jadi mcm ini yah...hehe


Semoga kita semua akan beroleh keberkatan dan berjaya dengan cemerlang, insyaALLAH. Bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.


Akhir kata, bersama lah kita berusaha dan selebihnya bertwakal kepada yang maha Esa.

Sekian, Wassalam..