Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Wednesday 19 August 2015

Sesi Mentoring Bersama Bonda...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 17 Ogos yang lalu bersamaan hari Isnin, kelas kami iaitu PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013 telah mengadakan aktiviti memasak bersama mentor kami iaitu Bonda Philis@ Nur Ain Shahira. 

Jom kita sama-sama saksikan rakaman-rakaman menarik dari lensa kamera android kami orang ni...

Sebelum acara memasak, kami bergotong-royong menyediakan bahan-bahan berkaitan masakan seperti memotong ayam, daging iaitu dagng payau dan daging lembu, bawang-bawang serta pelbagai bahan lagi.

















Setelah sesi menyediakan bahan-bahan masakan tersebut selesai, bermulalah acara memasak. Kami berbahagi beberapa kumpulan untuk menyiapkan masakan. Contohnya seperti memasak ayam masak merah, daging payau masak kari dan daging lembu masak kicap, sambal udang, sambal belacan, makaroni mayonise dan air sirap yang unik iaitu gabungan lemon+Soda+anggur.

Semuanya enak-enak belaka. Kami sajikan anda dengan beberapa slot gambar yang sempat kami rakamkan ya...

Sesi memasak bersama History Lover Family...
































Tidak ketinggalan kesudian para pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial iaitu Encik Linos Sumping, Encik Juhilin@ Losuyun (Ketua Jabatan), Dr. Ronald Yusry Batahong (mentor kamiorg), Encik Shamrin Surip duduk bersama dengan bonda kami bonda Philis.


Jom, kami belanja anda dengan sajian masakan kami yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera kamiorg ni. Semoga anda semua terhibur, ok..













Tidak lupa titipkanlah doa untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rakan kami, salah seorang ahli History Lover Family iaitu Douglas David. Beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal dan mengalami kecederaan patah kaki. Semoga beliau cepat sembuh. Oleh itu, pada sesi mentoring kali ini, beliau tidak dapat menghadirkan diri bersama kami. In Shaa Allah di masa akan datang beliau akan bersama-sama kami di aktiviti pengisian yang lain lagi.

Sesungguhnya aktiviti pengisian pada sesi mentoring kali ini banyak bermanfaat dan sekaligus mengeratkan silaturahim sesama kami bersama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. 

Semoga eratnya silaturrahim ini berterusan dan berkekalan kelak, in Shaa Allah..

Sekian, Wassalam.