Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Tuesday 6 November 2012

Berakhirnya Perjuangan, Bermulanya Suatu Penantian..

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Pertama sekali, admin ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua warga pelatih IPG (Mod Sepenuh Masa) di seluruh Malaysia kerana baru sahaja selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir anda. Namun, mungkin masih ada beberapa kertas sahaja lagi yang tinggal untuk diduduki oleh rakan-rakan pelatih kita ini. Walau apa pun, semoga kita semua akan mendapat keberkatan dan kejayaan hasil daripada usaha dan titik peluh kita dalam menuntut ilmu, insyaALLAH..


Terlalu banyak onak dan duri yang kita kecapi, dan insyaAllah dengan segala kekuatan serta ketabahan yang ada pada diri kita, kita akan dapat menempuhinya dengan penuh ketenangan. Amin Ya Rabbal'alamin !!!

Sebelum itu, kami dari warga pelatih PPISMP Sejarah Gstt Ambilan Dis.2011 juga mewakili seluruh warga IPG Kampus Keningau mengucapkan selamat berjaya dan selamat menempuhi alam baru sebagai warga pendidik yang berwawasan khususnya kepada semua warga akhir para pelatih IPG di seluruh Malaysia. Ini adalah merupakan saat terakhir anda bergelar sebagai pelajar. Maka akan datang, bermulalah kisah anda sebagai warga pendidik yang akan melaksanakan komitmen sebagai insan bergelar 'Guru'. 


 Tidak lupa juga, sekalung penghargaan yang tidak terkira kami berikan kepada seluruh tenaga pengajar (warga pensyarah IPG Kampus Keningau) yang bertungkus-lumus dalam memberikan ilmu dan mendidik kami menjadi insan bergelar warga pendidik di masa akan datang, alhamdulillah. Sesungguhnya jasamu sentiasa kami kenang selamanya, insyaAllah.

Walau berakhirnya perjuangan untuk semester ini, namun inilah merupakan permulaan suatu penantian. Saat bermulanya detik 2013 adalah merupakan detik permulaan kepada kami untuk meneruskan komitmen sebagai pelajar dalam menempuh PPISMP semester 3.  

Seperti kebiasaan, sudah semestinya rakan-rakan pelatih IPG semuanya sedang sibuk mengemas barang untuk balik ke kampung halaman masing-masing. 




Kami mendoakan semoga anda selamat jalan dan selamat kembali semula ke IPG dengan penuh keceriaan. Akhir kata, Selamat bercuti dan selamat bertemu kembali di permulaan semester akan datang kelak, insyaAllah...

Sekian, Wassalam.