Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 14 October 2012

Eksplorasi "B.I.S"..

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Merujuk kepada tajuk besar di atas, kali ini kami ingin mempersembahkan tentang agenda berkaitan eksplorasi B.I.S. Pasti anda tertanya-tanya, apa itu "B.I.S"?...

"B.I.S" merujuk kepada Bina Insan Sejarah. Nama lengkap bagi program yang telah berlansung sekitar beberapa hari yang lalu. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan sukatan proforma pengajaran dan pembelajaran bagi kursus SJH1106 iaitu SEJARAH ASIA TENGGARA sehingga PENDUDUKAN JEPUN ( SOUTHEAST ASIAN HISTORY). Jom sama-sama kita saksikan gambar-gambar yang sempat dipetik semasa aktiviti B.I.S ini berlangsung. Semoga anda terhibur.

Para pelatih PPISMP Sejarah Gstt mengambil gambar kenangan bersama

amboi3x..masing2 dgn aksi tersendiri..

Melalui aktiviti BIS ini, para pelatih dikehendaki melengkapkan dan mencari maklumat yang diperlukan berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Sir D.Kumar A/L Doraisamy atau lebih mesra dikenali sebagai Sir DD. Bagi menyempurnakan kerja ini, ianya perlu dilakukan secara berkumpulan. Masing-masing akan mengambil tugasan dan mengumpulkan maklumat secara berkelompok. Pada kali ini, semua para pelatih dibahagikan kepada 2 kumpulan sahaja. Aktiviti ini juga berlangsung secara berterusan dari satu stesen ke stesen-stesen seterusnya seperti yang telah diarahkan oleh Sir. DD.

mereka berbincang di stesen yang pertama.

Masing-masing berusaha mencari maklumat tentang soalan yang diberikan.

Douglas sedang memberikan maklumat yang ditemuinya

wah, Alifah bekeja keras mencatat nota tersebut.. GOOD JOB !!!

ini adalah stesen yang seterusnya..

dalam kesibukan, Jeff sempat interprem ye..TAHNIAH 3X !!!

Kumpulan ini berjalan menuju ke arah stesen yang seterusnya.. Teruskan perjalanan ok!..

steset ini hampir menuju ke kemuncak..

Douglas masih mencari maklumat..

Kesuntukan masa begitu mencabar sekali..

cabaran bukanlah penghalang..

memang mencabar, Dayah & Alifah sepantas yang boleh mengejar masa..

nampaknya Jamili turut berusaha mencari maklumat secara online..

Evelyne & Jeff juga nmpak begitu bersemangat waja ye...

firo sedang memberikan maklumat kepada Nita..

semuanya kelihatan bersemangat walaupun kelihatan agak penat..

Dayah mencari maklumat berdasarkan bahan rujukannya..

aihhh Jamili, tengah cari maklumat ke atau chatting facebook tu..lain macam je nampaknye yer...

perjalanan ke stesen seterusnya...

terus mengembara...

Aktiviti B.I.S ini berterusan lagi ke minggu yang seterusnya. Di bawah terdapat sedikit gambar yang menunjukkan tentang perjalanan aktiviti berlangsung.

Hafiza (pijut) sedang berusaha mencari maklumat

Fahmi mencatat maklumat yang ditemuinya..

Alifah berkongsi maklumat yang ditemuinya kepada rakan sekumpulannya

Corina sedang memberi maklum balas tentang maklumat yang ingin dicatat oleh Jeff 


Jamili masih setia dengan laptopnya mencari maklumat. Dibantu oleh Daniel & Nita

Tidak ketinggalan, Pengarah IPGK.Keningau (Puan Rujinah Miki) turut turun padang melawat  kami ketika itu. Terima kasih di atas kunjungan tersebut.





Waw...sambil cari info sempat poseng ye...

Sir DD turut meninjau pergerakan aktiviti kami..

Jeff tengah seronok berkongsi maklumat yang telah ditemuinya itu..

keadaaan di tepi kolam yang begitu indah. suasana yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran kali ini..

Douglas nampaknya agak bingung..

Dyan sibuk mencatat nota tu..

Dede juga nampaknya begitu berusaha keras ye..

wah, smuanya sudah lega kerana hampir menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Sesungguhnya aktiviti kali ini begitu mencabar. Perkara paling penting yang perlu diutarakan di sini ialah, kerja tugasan ini memberikan banyak kepentingan dan kebaikan buat diri kita. Tambahan pula, sesi kolaborasi yang dijalankan bersama dengan pensyarah pembimbing serta rakan-rakan sangat memberikan kepentingan. Daripada sesi kolaborasi tersebut, kita bukan sahaja dapat berkongsi banyak ilmu pengetahuan, malahan ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar dengan pensyarah serta bersama dengan rakan seperjuangan tidak mengira perbezaan agama, kaum mahupun budaya.

Oleh yang demikian, kami sangat bersyukur dengan adanya kerja tugasan ini, kami banyak memperoleh kemanfaatan. Akhir kata, kami mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat semasa proses menyiapkan kerja tugasan ini. Semoga kerja tugasan ini bermanfaat dan dapat memberikan kebaikan kepada kita semua. Di harap, pada masa akan datang kelak kami akan dapat meningkatkan kualiti serta mutu kerja yang lebih baik lagi.


Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment