Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Wednesday 20 February 2013

:: Latihan Amali Perkhemahan ::

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Untuk pengetahuan anda, para pelatih PPISMP Sejarah Gstt semester 3 akan mengikuti aktiviti sukan & rekreasi yang akan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu, sebelum memulakan aktiviti tersebut para pelatih akan didedahkan dengan latihan amali bagi menyediakan khemah yang selengkapnya. Jom kita sama-sama saksikan beberapa aksi dan aktiviti menarik yang sempat dirakam oleh lensa kamera. Semoga terhibur.

douglas, alifah & corina bekerjasama menyediakan khemah

wow...maisarah bukan main lagi ye, memberikan arahan & tunjuk ajar membina..hehehe

tiela & daniel turut bekerjasama menyediakan khemah

amboi... cik adik manis ni, siapa lagi kalau bukan dayah yang agak kepenatan menunggu temannya untuk membantunya menyiapkan khemah 

Dyan sedang berjalan menuju ke arah mereka untuk memberikan bantuan

dyan memberikan tunjuk ajar kepada muja

yaseer agak bingung memikirkan cara untuk menyediakan khemahnya...ish3x, kesian pulak...

dede bersama dengan ainol dan nita turut bekerjasama menyediakan khemah

firo & corina bekerjasama menyediakan khemah

wow..jeff & yaseer sempat berposeng ya..(ingat !!!..jgn 'nakal'2 ya)

masing2 turut saling membantu antara satu sama lain

nampak gaya seperti manusia zaman logam. gumat, jamili & fahmi berusaha keras meluruskan besi paku untuk penahan khemah. Oleh itu, para pelatih dikehendaki menyediakan tukul masing-masing

o-on sempat pose lagi ye...ainol pun sempat lagi pakai selendang putih..nita pula xtaulah apa yang ditujukannya tu..wadduh2x  macam2 aksi..

akhirnya kami telah siap mengemas kembali khemah masing2 dan melabelkan


Akhirnya, para pelatih telah menyiapkan khemah masing-masing dan mereka dikehendaki mengemas serta melabelkan beg tersebut. Ini bertujuan supaya dapat memudahkan mereka untuk menyediakan khemah semasa aktiviti perkhemahan bagi program 'sukan & rekreasi' yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Syukur alhamdulillah, semuanya memberikan kerjasama dan mengamalkan semangat tolong-menolong semasa aktiviti latihan amali ini diadakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan kepada Mdm. Annie dan Encik Jais yang sanggup meluangkan masa bersama para pelatih bagi membantu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan semasa aktiviti pembelajaran tersebut. 

Akhir kata, semoga segala-galanya berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan terbaik oleh para pelatih bersama pensyarah-pensyarah pembimbing kelak, amin Ya rabbal'alamin.

Sekian, Wassalam.

Monday 18 February 2013

:: Bola Jaring bersama geng sejarah ::

Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan selamat kembali berkuliah buat semua warga Institut Pendidikan Guru di seluruh malaysia khususnya. Ok, sebagai permulaan kuliah selepas baru sahaja selesai merayakan tahun baru cina pada kali ini, jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar yang boleh dijadikan sebagai perkongsian kita bersama semasa aktiviti permainan bola jaring. Ianya merupakan sesi latihan dan amali sebagai pengisian dalam proforma pendidikan jasmani PJ3311 bagi semester 3, peringkat PPismp.


Wah..pasukan 'Pink Painter'...
pose bukan main lagi hebat dan mantap...cayalah..



ni pula sesi bergambar bagi sesi latihan amali hoki dan bola tampar








Apa-apa pun, semua para pelatih sememangnya menunjukkan minat serta komitmen yang jitu dan cemerlang. Masing-masing memberikan peranan di dalam pasukan sendiri dan kerjasama berpasukan yang baik sekali. Syabas dan tahniah diucapkan. Sememamngnya, inilah bakat dan kebolehan yang diperlukan bagi melahitkan para jurulatih yang profesional dan seterusnya boleh melahirkan para pemain yang cemerlang, insyaALLAH !.

Akhir kata, semoga berjaya dalam apa jua bidang dan perkara yang dilakukan kelak. Amin Yarabbal'alamin.

Sekian, wassalam.

Thursday 7 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina + Selamat Bercuti

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Selamat datang sekali lagi kami ucapkan khasnya buat para pengunjung yang setia dan tidak mengenal erti jemu untuk mengunjungi laman ini. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger serta sesiapa pun jua yang baru pertama kali mengunjungi laman blog ini.

Bersempena tahun baru cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, kami warga pelatih PPISMP Sejarah Gstt Ambilan Khas Dis. 2011 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat di seluruh negara yang meraihkannya. Semoga sentiasa beroleh rezeki melimpah ruah dan kesihatan dalam menjalani kehidupan. 


Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua yang menikmati cuti bersempena tahun baru cina pada kali ini. Gunakanlah masa cuti anda sebaiknya. 


Buat yang balik kampung tu, berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang. InsyaAllah, semoga perjalanan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Sekian, Wassalam.