Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Saturday 29 July 2017

Ceritera Terakhir....200717

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pada 19-20 Julai 2017 telah berlangsungnya Penilaian Akredetasi Penuh, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sejarah Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2013, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Jom saksikan beberapa sorotan gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera....

Persiapan sebelum :

Lawatan daripada Pengarah IPGK Keningau, Puan Rujinah Miki serta diiringi oleh Timbalan Pengarah, Tuan Juhilin Takun.


































Sudut Papan Kenyataan :

Setelah dikemas kini. Hampir siap...


Sebelum dikemaskinikan


Di antara calon-calon yang ditemuduga semasa MQA :


Selepas ....














Syukur Alhamdulillah Penilaian tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Semuanya berkat kerjasama dari semua pihak dan doa serta dorongan dari keluarga juga rakan-rakan. Terima kasih atas sumbangan, tenaga, idea serta pelbagai inisiatif yang diberikan oleh semua pihak terlibat dalam menjayakan penilaian ini.

Hanya setakat itu sahaja perkongsian ceritera terakhir untuk Laman Blog Ceritera Warisan pada kali ini. Semoga ini bukan terakhir bagi perjuangan kita sebagai insan yang terus menimba ilmu. Mohon maaf di atas segala kekurangan. Sesungguhnya yang kurang itu adalah dari kelemahan diri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU IS THE BEST !!!...

Apa-apa pun, semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat.

Amin Ya Rabbal'alamin...

Sekian, Wassalam.

Saturday 12 November 2016

:: Jamuan Makan Malam Akhir Semester 7 ::


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Setelah sekian lama menyepi, admin terasa ingin mengemaskini laman blog ini. Mengapa lama menyepi???

Maklumlah jadual semester ni sangat padat dengan aktiviti program praktikum latihan mengajar selama tiga bulan.

Sedar tidak sedar semester 7 berlalu dengan pantas. Maka, telah rasmilah jamuan makan malam semester 7 pada semester ini.

Terlalu banyak perkara-perkara penting yang berlangsung sepanjang semester ini.

Jom kita saksikan beberapa detik-detik manis sepanjang makan malam anjuran 'History Lover Family' tersebut :





















Terima kasih buat para pensyarah yang sudi hadir bagi memeriahkan jamuan tersebut iaitu Bonda Phylis @Nur Ain Shahira, Cik Sefiah, Sir Linos dan Sir Samuel.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga, para pensyarah, rakan-rakan dan pihak yang terlibat dalam memberikan ilmu serta dorongan untuk kami dalam meneruskan pengajian ini.

Tidak lupa admin juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pada minggu-minggu peperiksan ini. Jangan lupa untuk mengunjungi nota koleksi dari kami untuk mendapatkan sedikit nota yang termampu kami sediakan untuk rujukan bersama. Semoga bermanfaat...

Muat Turun Sekarang  >>> :: Koleksi Nota Semester 7 :: <<<

Semoga kita semua akan beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang akan diduduki bagi semester ini. Amin Ya Rabbal'alamin...

Sekian, Wassalam...