Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Tuesday 24 December 2013

Merry Christmas & Happy New Year

Salam mesra & selamat bertemu kembali...

Walaupun masih lagi berada di musim cuti persekolahan, kami Geng Ops Sejarah IP Keningau, Sabah tidak lupa untuk mengucapkan buat semua yang meraihkannya :


Wish you all will be happy and cheerful with family...

Wednesday 20 November 2013

Selamat Bercuti 2013

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Salam mesra buat semua. Seperti yang anda sedia maklum, telah bermula dengan rasminya musim cuti persekolahan buat masa ini. Semua para pelatih IPG di seluruh malaysia khususnya begitu teruja dan tidak sabar untuk meraihkan musim cuti tersebut.

Oleh itu, kami warga Geng Ops Sejarah dari IPG Kampus Keningau Sabah ingin mengucapkan selamat bercuti buat anda semua. Semoga masa-masa berharga di musim cuti ini akan dapat diisi dengan perkara bermanfaat dan dinikmati bersama keluarga tersayang, In Shaa Allah..


Semoga kita berjumpa lagi di sesi pertemuan yang akan datang kelak dengan diiringi oleh azam yang baru dan lebih mencabar. Jangan lupa untuk melayari laman blogspot kami yang banyak memaparkan nota-nota perkongsian umum berkaitan apa jua yang bermanfaat ---> Nota Geng Ops Sejarah IP Keningau, Sabah
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua, ok.

ALL THE BEST..

Sekian, Wassalam.

Wednesday 23 October 2013

Selamat menempuhi peperiksaan...

Assalamualaikum & selamat Sejahtera...

Sedar tidak sedar, tinggal beberapa detik sahaja lagi kami orang ni akan menempuhi musim peperiksaan. Minggu ini merupakan minggu ulangkaji buat kami orang.


Namun begitu, tenang sahaja. Jangan stress, stress ya. 



Makanya, sebelum menempuhi musim penuh mendebarkan itu, kami orang pun telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi semester ini. 




Oleh itu, kami mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan buat semua pelajar yang akan menghadapinya di seluruh Malaysia. Semoga kita semua bersama-sama berjaya memperolehi keputusan cemerlang, insyaAllah.


Sekian, Wassalam.

Monday 14 October 2013

:: Selamat Hari Raya Aidil Adha ::

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Bersempena hari raya aidil adha pada detik ini, kami dari opsyen GSTT Sejarah mewakili seluruh warga IPG Kampus Keningau Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil adha. Semoga segala apa jua pengorbanan yang kita lakukan membawa seribu satu makna . Sesungguhnya pengorbanan itu amat bermakna dalam kehidupan kita, insyaAllah..


Diharap berbahagia merayakan sambutan Aidil adha buat sesiapa pun jua yang bersama keluarga dan orang tersayang. 

Sekian, Wassalam.

Thursday 10 October 2013

Bina Insan Guru Fasa 1

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Lama sudah laman ini tidak menerima kunjungan dan kemas kini terkini dari kami orang. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sekitar beberapa detik ini. Oleh sebab itu, banyak perkara dan tugasan yang perlu kami selesaikan. 

Beberapa ketika yang lalu, telah berlangsungnya program Bina Insan Guru fasa 1. BIG Fasa Satu ini berlangsung selama empat hari tiga malam. Ianya bermula pada 26hb.September sehingga 29hb. September 2013. Dijalankan di Binsulok Nature Resort, Membakut. Tuan Shamrin bin Surip dilantik sebagai penyeleras BIG Fasa satu. Manakala Tuan Budiman Abpa dilantik sebagai Ketua Komanden. Program BIG Fasa Satu ini melibatkan gabungan di antara tiga buah kelas iaitu PISMP GSTT Bahasa Melayu 1, PISMP GSTT Bahasa Melayu 2 dan opsyen kami orang sendiri iaitu PISMP GSTT Sejarah.

Perkhemahan tersebut berlangsung dari 26 hb. September sehingga 29 hb. September 2013. Banyak perkara dan pengalaman terindah yang kami perolehi daripada program perkhemahan pada kali ini. kem Bina Insan Guru (BIG) ini sebenarnya sangat bagus untuk para pelatih guru, di samping membentuk keperibadian seorang guru, pelbagai ilmu baru juga yang telah kami perolehi. Ilmu-ilmu yang kami perolehi ini tidak mampu dimiliki jika dipelajari secara teori sahaja melainkan dijalankan secara amali juga. Sebagai contoh aktiviti water confident sangat penting untuk diri sendiri dan juga kegunaan di masa akan datang jika membawa murid-murid menjalani aktiviti air. Selain itu, aktiviti seperti malam kebudayaan juga mampu mencungkil bakat terpendam dalam kalangan para pelatih. Selain itu, aktiviti kembara pula mampu mengajar para pelatih cara untuk meneruskan kehidupan jika tersesat di dalam hutan. Manakala bagi aktiviti memasak pula melatih guru cara untuk menganggarkan makanan yang secukupnya buat satu kumpulan dan cara untuk memastikan bekalan makanan tersebut cukup untuk tempoh yang ditetapkan. Di samping itu, hubungan di antara kami juga semakin erat kerana aktiviti BIG ini merupakan aktiviti pertama yang menggabungkan kami tiga kelas. Kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan dapat melihat di mana bakat atau kecenderungan ahli kumpulan masing-masing. Kerjasama dengan ahli kumpulan yang lain juga sangat baik dan banyak membantu kami di dalam pelbagai aktiviti. Bukan itu sahaja, peraturan yang ditetapkan seperti mesti berada 15 minit awal sebelum aktiviti juga melatih kami untuk lebih berdisiplin dan menepati masa.


Jom kita saksikan pula beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami orang ini :





Berikut merupakan acara perasmian dan bermulanya pengembaraan kami orang...









Seterusnya, mari kita tengok pulak aktiviti senaman, serta tazkirah dan moral bagi kami orang ni...






Di samping itu juga, terdapat beebrapa aktiviti berbentuk Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh Tuan Bujang..











OK, kali ini kita lihat pula beberapa aktiviti tentang pembentangan bendera kumpulan masing-masing..















Seterusnya kita beralih pula pada aktiviti kembara yang sempat dirakamkan...












Pada acara program penutupan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti ucapan penutupan oleh Timbalan Pengarah, Tuan Hj. Baharom Md. Nor yang mewakili Puan Pengarah, Pn. Rujinah Miki kerana tidak dapat hadir atas urusan rasmi di luar, kemudian disusuli oleh ucapan daripada ketua kem Komanden, Tuan Budiman Abpa. Pada majlis penutupan tersebut juga, setiap kumpulan mempersembahkan persembahan masing-masing. Jom kita saksikan...












Aktiviti yang terakhir adalah pembentangan refleksi dari setiap kumpulan dan bacaan doa sebelum bertolak balik ke IPG Kampus Keningau...




Akhir kata, diharapkan aktiviti BIG Fasa Satu ini dapat menjadi titik tolak kepada kami pelatih guru untuk menjadi bakal guru yang baik dan mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat dipraktikkan apabila menjadi guru kelak. InsyaAllah.

*P/S : admin memohon maaf di atas keterlewatan kemas kini laman ini serta kekurangan serba-serbi gambar-gambar yang disertakan bersama pada topik BIG Fasa 1 kali ini. Ini sahaja mampu diberikan setakat ini. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari kelemahan admin sendiri, dan yang baik itu datangnya dari yang maha Esa.. Wallahu'alam..