Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 21 October 2012

Detik Terakhir Sebelum Berjuang...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Mulai tanggal 22 hb.Oktober ini akan bermulanya minggu ulangkaji. Almaklumlah, detik-deti terakhir sebelum berjuang untuk menghadapi peperiksaan semester ini. Cuba sahaja anda perhatikan, bermacam-macam tips, kerenah serta gelagat rakan-rakan kita (ppismp sejarah gstt) ini semasa melakukan sesi ulangkaji. Setiap orang mahukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester pada kali ini. Jika anda tak pecaya, jom kita saksikan beberapa gambar yang sempat dititipkan. Semoga anda terhibur. 

Evelyne, dede, firo & Nita berbincang tentang SJH1106..huhu..Sejarah Asia tenggara tu...bukan calang-calang tau..

macam best je kan..hehehe

Daniel berkongsi sedikit maklumat yang diperolehinya dari internet kepada Gumat.. 

Douglas yang baru sahaja kembali dari library menghantar beberapa buah buku yang diperolehinya kepada Gumat..erm, rajin2x..

Wah, James sedang tekun mengulangkaji melalui nota peta minda yang dilekatkan  di dinding tersebut...kreatif sungguh..

Jeff membaca sedikit nota ringkasan tu.. erm, rasanya nota tu tentang  morfologi & sintaksis tu..

Douglas turut sama berkongsi sedikit pengetahuan..

Corina & Hafiza mengulangkaji secara sendirian

Wah, seronok sungguh O-on, Dyan & Dayah study secara online..bagus3x..

jeng3x..sapa tu ye?...hah..tu Alifah, Jeff & Yaseer sedang berbincang tentang  pembelajaran

Nita menyemak buku pembelajaran tu...

kelihatannya James tengah melihat cebisan nota yang diberikan oleh rakan-rakan kita ye..




Hasil daripada aktiviti eksplorasi BIS (Bina Insan Sejarah) pada beberapa minggu yang lalu, kumpulan kami telah berusaha dan bekerjasama menggabungkan beberapa nota hasil daripada pencarian kami. Ingin lihat hasilnya?. Jom kita sama-sama saksikan gambar-gambar di bawah :

Peta Minda SJH1106

cantik kan....


Ini pula hasil perbincangan rakan-rakan kita ini tentang SJH1104-Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

erm..macam-macam yang dibincangkan



Akhir kata, kami PPISMP Sejarah Gstt mewakili warga IPG Kampus Keningau mengucapkan selamat berjaya pada peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan beroleh keputusan cemerlang seterusnya mencapai kejayaan, insyaAllah !!!

Maka gunakanlah ruang, masa serta peluang yang ada sebagai persediaan ke arah kecemerlangan kelak. Selamat Berjaya !!!

Sekian, Wassalam. 

No comments:

Post a Comment