Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Saturday 20 October 2012

"Sekelumit Bicara, Mengusik Kenangan"..



Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Pada 16. Oktober yang lalu iaitu bersamaan hari selasa telah berlangsungnya Majlis Makan Malam. Ianya dianjurkan oleh warga PPISMP Sejarah Gstt Ambilan Khas Disember 2011. Dengan bertemakan "Sekelumit Bicara, Mengusik Kenangan", itu ia tambah menyerikan lagi program kali ini. Banyak aktiviti yang telah dimuatkan dalam majlis makan malam ini. Kehadiran para pensyarah yang begitu prihatin, terutamanya mentor iaitu Sir Johan menyempurnakan lagi majlis ini. Sesungguhnya tanpa kehadiran mereka majlis tersbut tidak akan dapat berjalan dengan sempurna. Jom sama-sama kita saksikan gambar-gambar yang sempat dititipkan :

Persembahan Koir istimewa daripada para pelatih PPismp Sejarah Gstt..

Masing-masing bersungguh nampaknya ye..

Bagi memberkati lagi majlis tersebut, majlis diteruskan lagi dengan iringan bacaan doa, ucapan ketua opsyen dan paling penting ucapan daripada mentor tersayang, Sir Johan.

bacaan doa oleh ustaz Fahmi

Ucapan alu-aluan dari K.O (Jamili @ lebih mesra dgn panggilan James)

Ucapan daripada mentor tersayang- Sir Johan

Seterusnya adalah pengisian aktiviti dalam  program kali ini. Jom kita saksikan aktiviti yang sememangnya menarik.

Ini merupakan aktiviti permainan "rebut kerusi". Setiap peserta dikehendaki merebut kerusi setelah muzik dihentikan. haha 'siapa cepat dia dapat' gituuuu..

wah...akhirnya hanya ada beberapa sahaja peserta yang tinggal untuk bertanding merebut kerusi

kehadiran rakan2 dari kelas jiran (ppismp Gstt BM 2). Terima kasih kerana turut memberi bantuan bagi menjayakan program kali ini..cayalahhh..

memang meriah...semua lengkap..



                     
jeff -pemain keybord handalan tau...
Pengerusi majlis..wah..bakat baru dicungkil (Tielah & Gumat) 
Douglas & O-on berkaroeke...

Ini pula aktiviti permainan yang seterusnya iaitu tiup belon. Siapa yang bertuah akan  dapat memecahkan belon yang berisi kertas bertuah tersebut. Siapa pemenangnya?..


Wah..ini dia pemenangnya Tielah...Tahniah 3x.
Daniel merupakan pemenang bagi 'Anugerah-Lebih Hangat Dari Biasa'. Kenapa agaknya ye, mungkin kat kelas nampak cam tu kot..hehe
Alifah-pemenang bagi Anugerah Master Chef. Almaklumlah, minatnya dalam bidang masakan. kat library jer, memang takkan tinggal pinjam buku resipi masakan tau...


Wah 'Qaseh Safinah'-pemenang cabutan Tiket bertuah lah...

Mentor pun turut tidak ketinggalan mendapat cenderahati penghargaan ni..

penyerahan cenderahati penghargaan kepada Sir V.G

Danish anak lelaki Sir V.G mewakili Mdm.Vasanthi turut mendapat cenderahati jugak..

Sir Shamrin pun turut mendapat cenderahati penghargaan

Seterusnya jom kita saksikan aktiviti pengisian yang cukup menarik. Apa dia?..hehe.. Iaitu aktiviti Mumia tercantik. Melalui aktiviti ini, para peserta dikehendaki membalut rakan pasangan masing-masing menggunakan tisu yang telah disediakan. Balutan mana yang tercantik dan menjadi pilihan juri, itulah pemenang. Jom saksikan gambar tersebut :

Siapa kah gerangannya ini..jeng3x.. Suzana....

Ainol dengan Douglas..

hahhaa.. Noy dgn Dyan..

Nita dengan Jeff

Aina dengan Suzana

Sir Johan pun sempat ambil gambar bersama..


Wah..dah dapat siapa pemenangnya- Noy & Dyan..Tahniah3x...

Yaseer- pemenang Anugerah-Paling Wow.. owh..sungguh wow!!!

Dyan pemenang bagi Anugerah-Boombastik

Mai-Pemenang bagi Anugerah Melodi TV3..hehe, mungkin sebab Mai ni sentiasa membawa banyak berita2 yang cepat & tepat gitu..

Fahmi-Pemenang bagi Anugerah Prof.Serba tahu..memang serba tahu pun...
o-on memenangi anugerah Queen of korean...ye lah, sebab dia sememangnya begitu meminati  segala macam movie, drama mahupun lagu2 korea...

wah..'agi idup agi ngelaban'...hehe


sesi bergambar..very nice... 

pemotongan kek...enak ni..cheesse cake gitu..




Jeff-pemenang bagi Anugerah P.Ramlee. Bakat dia yang terserlah dalam bidang seni lah katakan..

Dayah-Pemenang bagi Anugerah Pingu2...huhu..mungkin sebab pesonalitinya yang sentiasa cute gitu..

Hafiza memenangi anugerah (Paling Slamber)..ermmm..sememangnya mama muda ni memang slamber je orangnya..

Jamili menang-Anugerah 'Wonder Pets'..Bukan apa, dia sememangnya popular dengan tagline  'Hai Kawwwwaaaan2'..hehehe

Gumat-Pemenang Anugerah Insan Melayu Terakhir.  ermmm..ada ciri2 kot..

Mazlinah Dede-Pemenang bagi Anugerah 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'..Memang sesuai, kerana bakatnya begitu terserlah dalam bidang nyanyian

Wah..Tielah pemenang bagi Anugerah-Misteri Nusantara.. "jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"..hehe. Mungkin sebab dia ada bakat dalam bidang pengacaraan dokumentari kot..hehe

Ainol-Pemenang bagi Anugerah Hero Malaya..sesuai sangat!!..

Evelyne-pemenang Anugerah Elit. Maksudnya sentiasa membantu sesiapa dalam kesusahan. Macam 'batwoman' lah kot..hehe

Corina memenangi Anugerah- 'Diam2 Ubi Kentang'. Mungkin personalitinya yang agak pendiam namun  banyak ilmu pengetahuan yang dimilikinya...
penyerahan cenderahati penghargaan buat pensyarah- Puan Afinah 
Cik Zainab turut mendapat penyerahan cenderahati penghargaan..
Aina (dari kelas Ppismp Bm2) dapat hadiah tiket bertuah

Firo-mendapat anugerah -'Ayunya Kau'..haha..ayu kerrr...
Jom kita lihat beberapa tiket bertuah yang berjaya dimiliki oleh setiap orang. Tahniah !!!..& Jangan risau, semua orang sememangnya mendapat hadiah tiket bertuah tersebut tau..




Nita-Pemenang bagi Anugerah-Opocut. Sememangnya kelebihan  Nita dalam  tabiat melatah menambahkan keceriaan kepada suasana..
Douglas pula merupakan-pemenang bagi anugerah Raja Facebook. Apa taknya, dia ni memang tak kan pernah lekang melayani facebook di mana jua berada
Jom kita saksikan aktiviti pengisian seterusnya. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang menguji sejauh mana tumpuan para peserta semasa sesi pengiraan yang dilakukan oleh masing-masing tanpa beralah. Siapa yang tersasul atau tersalah membuat bilangan akan tersingkir. Jom kita saksikan gambar tersebut :



Akhirnya hanya tinggal dua peserta yang berebut menjuarai pertandingan.  Namun, akhirnya Muja berjaya menjuarai pertandingan. Tahniah3x..
Majlis diselangi oleh penyerahan hadiah cabutan tiket bertuah. Setiap para hadirin akan mendapat tiket bertuah masing-masing. Ada beberapa gambar yang sempat dititipkan :

Wah..mama cute ni dapat apa ye.. tahniah3x..
                                       


Majlis makan malam tersebut berakhir dengan penyampaian Anugerah Khas. Ingin ketahui apa anugerah tersebut. Ianya adalah anugerah khas "King of the Night & Queen of the Night" iaitu istimewa buat pensyarah yang menjadi pilihan juri (Para pelatih). Begitu juga dengan anugerah khas bagi "Prince of the Night & Princess of the Night" iaitu istimewa buat para pelatih yang menjadi pilihan para juri (para pensyarah). Jom kita lihat siapa kena.. hehehe

Tahniah.. inilah dia Prince & Princess of the night... Ainol & Evelyne...
Manakala King & Queen of the night jatuh kepada Sir V.G & Pn. Afinah. Tahniah diucapkan...
Akhirnya berakhir sudah majlis tersbut dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada setiap para hadirin yang memenangi bermacam-macam anugerah. Mohon kemaafan sekiranya ada kekurangan atau kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kelemahan kami sebagai manusia biasa, dan yang baik itu datang dari yang maha Esa.  Tidak lupa juga jutaan penghargaan diucapkan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Semoga di lain kesempatan, program-program yang dikendalikan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih teratur dan terancang. 

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment