Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Wednesday 29 August 2012

Geng Sejarah...beraya dengan 'KELUPIS'

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pada 27.Ogos.2012, bersamaan hari Isnin yang lepas kelas kami telah menyambut hari raya bersama mentor tersayang iaitu En. Johan. Sambutan raya tersebut diraih dengan menjamu selera bersama 'Kelupis'. Ianya diadakan di kelas Salong, IPG Kampus Keningau.

Kelupis merupakan salah satu makanan tradisional kaum Brunei. Kelupis dimasak menggunakan beras pulut dan sesuai dihidang bersama rendang atau apa jua masakan yang bersesuaian. Ingin tahu selanjutnya tentang kelupis, jom sama-sama kita saksikan gambar yang sempat dipetik :

Mentor, En.Johan bersama menjamu selera

masing-masing sibuk menikmati hidangan 

Penolong Opsyen Unit, Noralifah (Lifah) sedang merasa hidangan

Noorfatilah (Tielah) sedang membawa santapan

sempat bergurau senda sambil menjamu selera






Ewah..ewah.. ada yang second round menambah ni...

Rosdianah (Dyan).. sibuknya dia memproses kacang soya 'TARIK' tu...

tengoklah apa yang Yaseer buat tu...hehe



Inilah Kuih Kelupis Makanan Tradisional Kaum Brunei

Sememangnya sambutan raya kali ini merupakan sambutan raya yang pertama kalinya diadakan dan disambut oleh kelas PPISMP Sejarah GSTT. Acara kali ini sangat meriah walaupun diadakan dalam kesederhanaan cuma.
Sesungguhnya sambutan raya tersebut membuatkan kemesraan dan hubungan erat sesama pelatih dan mentor dapat ditingkatkan lagi. Akhir kata, semoga sambutan raya kali seterusnya dapat dirayakan dengan lebih meriah.

Sekian, Wassalam..

No comments:

Post a Comment