Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Monday 31 December 2012

Selamat tinggal 2012..Selamat datang 2013..

Assalamualaikum & selamat sejahtera..


Tanpa kita sedari, tahun 2012 semakin tiba ke penghujungnya. Semoga segala apa jua azam dan keinginan yang kita impikan telah pun terealisasi dengan jayanya, syukur alhamdulillah.

Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kami untuk mengalu-alukan kedatangan tahun baru 2013 terimalah cenderahati di bawah ini untuk tatapan kita bersama :


Bermulanya detik 2013, secara tidak langsung bermulanya juga permulaan semester bagi semua warga pelajar, terutama sekali bagi semua warga pelatih IPG di seluruh malaysia. Jom kita sama-sama kita lihat, jadual waktu semester 3, edisi 1 bagi para pelatih PPISMP SEJARAH GSTT ambilan Disember 2011 yang berkuat kuasa mulai 2 Januari 2013.


Oleh itu, bersedialah untuk kembali memulakan sesi pembelajaran. Kami juga turut berbangga kerana bakal menempuh semester 3 pada kali ini.


Semoga kita semua akan beroleh kejayaan dan keberkatan untuk pembelajaran di semester baru yang mendatang ini, insyaAllah. Bersamalah kita mendoakan yang terbaik, Amin Ya Rabbal'alamin.


Sekian, Wassalam.

Tuesday 6 November 2012

Berakhirnya Perjuangan, Bermulanya Suatu Penantian..

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Pertama sekali, admin ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua warga pelatih IPG (Mod Sepenuh Masa) di seluruh Malaysia kerana baru sahaja selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir anda. Namun, mungkin masih ada beberapa kertas sahaja lagi yang tinggal untuk diduduki oleh rakan-rakan pelatih kita ini. Walau apa pun, semoga kita semua akan mendapat keberkatan dan kejayaan hasil daripada usaha dan titik peluh kita dalam menuntut ilmu, insyaALLAH..


Terlalu banyak onak dan duri yang kita kecapi, dan insyaAllah dengan segala kekuatan serta ketabahan yang ada pada diri kita, kita akan dapat menempuhinya dengan penuh ketenangan. Amin Ya Rabbal'alamin !!!

Sebelum itu, kami dari warga pelatih PPISMP Sejarah Gstt Ambilan Dis.2011 juga mewakili seluruh warga IPG Kampus Keningau mengucapkan selamat berjaya dan selamat menempuhi alam baru sebagai warga pendidik yang berwawasan khususnya kepada semua warga akhir para pelatih IPG di seluruh Malaysia. Ini adalah merupakan saat terakhir anda bergelar sebagai pelajar. Maka akan datang, bermulalah kisah anda sebagai warga pendidik yang akan melaksanakan komitmen sebagai insan bergelar 'Guru'. 


 Tidak lupa juga, sekalung penghargaan yang tidak terkira kami berikan kepada seluruh tenaga pengajar (warga pensyarah IPG Kampus Keningau) yang bertungkus-lumus dalam memberikan ilmu dan mendidik kami menjadi insan bergelar warga pendidik di masa akan datang, alhamdulillah. Sesungguhnya jasamu sentiasa kami kenang selamanya, insyaAllah.

Walau berakhirnya perjuangan untuk semester ini, namun inilah merupakan permulaan suatu penantian. Saat bermulanya detik 2013 adalah merupakan detik permulaan kepada kami untuk meneruskan komitmen sebagai pelajar dalam menempuh PPISMP semester 3.  

Seperti kebiasaan, sudah semestinya rakan-rakan pelatih IPG semuanya sedang sibuk mengemas barang untuk balik ke kampung halaman masing-masing. 




Kami mendoakan semoga anda selamat jalan dan selamat kembali semula ke IPG dengan penuh keceriaan. Akhir kata, Selamat bercuti dan selamat bertemu kembali di permulaan semester akan datang kelak, insyaAllah...

Sekian, Wassalam.

Wednesday 24 October 2012

Salam Aidiladha + menjelangnya peperiksaan...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Seperti yang kita sedia maklum, hari raya aidil adha bakal tiba hanya beberapa detik dan ketika sahaja lagi. Maka, saya mewakili warga ppismp sejarah ambilan Dis. 2011 (IPG Kampus Keningau) ingin mengucapkan selamat bercuti dan terutamanya 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha' bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan. 

Hari raya aidiladha memberikan makna yang tersirat & penuh makna. Ianya berbentuk pengorbanan yang  hanya mampu kita definisikan secara mendalam maksudnya. Renung-renungkanlah & selamat beramal.


Buat sesiapa sahaja yang balik kampung raya ni, jagalah diri sebaiknya. Sesiapa yang memandu kenderaan, pandulah berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang, ok.

haha..pastinya kawan-kawan tak sabar nak packing barang untuk balik kampung kan...sabar2x..takkan lari gunung dikejar ok..namun, buat yang tak dapat balik kampung, jgnlah kecewa. Di mana pun anda merayakan hari raya kali ini, semuanya tetap sama. Ibarat pepatah ada mengatakan 'jauh di mata, dekat di hati'...hehe


So, jagalah diri baik-baik semasa perjalanan balik kampung tu.  ok...

Walau bagaimanapun keseronokan anda semasa menikmati dan merayakan hari raya aidiladha pada kali ini, janganlah lupa melakukan persediaan sebaiknya pada peperiksaan yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Kali ini ADMIN ada memuatkan lampiran jadual peperiksaan yang telah di muat turun dari Laman Web Rasmi Kampus Keningau. ADMIN ada 'highlighting' beberapa kertas peperiksaan yang akan diduduki oleh warga PPISMP SEJARAH ambilan Dis. 2011. Namun, harap jangan tersilap kerana terdapat beberapa kertas yang di 'highlighting' itu juga adalah kertas yang akan diduduki oleh warga PPG. Jom kita lihat bersama :








Oleh itu, sekali lagi buat semua warga pelatih IPG di seluruh malaysia kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita akan beroleh kejayaan yang cemerlang agar terus berjaya dalam bidang perguruan kelak, InsyaALLAH !!!..

Sekian, Wassalam.

Sunday 21 October 2012

Detik Terakhir Sebelum Berjuang...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Mulai tanggal 22 hb.Oktober ini akan bermulanya minggu ulangkaji. Almaklumlah, detik-deti terakhir sebelum berjuang untuk menghadapi peperiksaan semester ini. Cuba sahaja anda perhatikan, bermacam-macam tips, kerenah serta gelagat rakan-rakan kita (ppismp sejarah gstt) ini semasa melakukan sesi ulangkaji. Setiap orang mahukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester pada kali ini. Jika anda tak pecaya, jom kita saksikan beberapa gambar yang sempat dititipkan. Semoga anda terhibur. 

Evelyne, dede, firo & Nita berbincang tentang SJH1106..huhu..Sejarah Asia tenggara tu...bukan calang-calang tau..

macam best je kan..hehehe

Daniel berkongsi sedikit maklumat yang diperolehinya dari internet kepada Gumat.. 

Douglas yang baru sahaja kembali dari library menghantar beberapa buah buku yang diperolehinya kepada Gumat..erm, rajin2x..

Wah, James sedang tekun mengulangkaji melalui nota peta minda yang dilekatkan  di dinding tersebut...kreatif sungguh..

Jeff membaca sedikit nota ringkasan tu.. erm, rasanya nota tu tentang  morfologi & sintaksis tu..

Douglas turut sama berkongsi sedikit pengetahuan..

Corina & Hafiza mengulangkaji secara sendirian

Wah, seronok sungguh O-on, Dyan & Dayah study secara online..bagus3x..

jeng3x..sapa tu ye?...hah..tu Alifah, Jeff & Yaseer sedang berbincang tentang  pembelajaran

Nita menyemak buku pembelajaran tu...

kelihatannya James tengah melihat cebisan nota yang diberikan oleh rakan-rakan kita ye..




Hasil daripada aktiviti eksplorasi BIS (Bina Insan Sejarah) pada beberapa minggu yang lalu, kumpulan kami telah berusaha dan bekerjasama menggabungkan beberapa nota hasil daripada pencarian kami. Ingin lihat hasilnya?. Jom kita sama-sama saksikan gambar-gambar di bawah :

Peta Minda SJH1106

cantik kan....


Ini pula hasil perbincangan rakan-rakan kita ini tentang SJH1104-Sejarah Pembinaan Negara Bangsa

erm..macam-macam yang dibincangkan



Akhir kata, kami PPISMP Sejarah Gstt mewakili warga IPG Kampus Keningau mengucapkan selamat berjaya pada peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan beroleh keputusan cemerlang seterusnya mencapai kejayaan, insyaAllah !!!

Maka gunakanlah ruang, masa serta peluang yang ada sebagai persediaan ke arah kecemerlangan kelak. Selamat Berjaya !!!

Sekian, Wassalam. 

Saturday 20 October 2012

"Sekelumit Bicara, Mengusik Kenangan"..



Assalamualaikum & Selamat sejahtera,

Pada 16. Oktober yang lalu iaitu bersamaan hari selasa telah berlangsungnya Majlis Makan Malam. Ianya dianjurkan oleh warga PPISMP Sejarah Gstt Ambilan Khas Disember 2011. Dengan bertemakan "Sekelumit Bicara, Mengusik Kenangan", itu ia tambah menyerikan lagi program kali ini. Banyak aktiviti yang telah dimuatkan dalam majlis makan malam ini. Kehadiran para pensyarah yang begitu prihatin, terutamanya mentor iaitu Sir Johan menyempurnakan lagi majlis ini. Sesungguhnya tanpa kehadiran mereka majlis tersbut tidak akan dapat berjalan dengan sempurna. Jom sama-sama kita saksikan gambar-gambar yang sempat dititipkan :

Persembahan Koir istimewa daripada para pelatih PPismp Sejarah Gstt..

Masing-masing bersungguh nampaknya ye..

Bagi memberkati lagi majlis tersebut, majlis diteruskan lagi dengan iringan bacaan doa, ucapan ketua opsyen dan paling penting ucapan daripada mentor tersayang, Sir Johan.

bacaan doa oleh ustaz Fahmi

Ucapan alu-aluan dari K.O (Jamili @ lebih mesra dgn panggilan James)

Ucapan daripada mentor tersayang- Sir Johan

Seterusnya adalah pengisian aktiviti dalam  program kali ini. Jom kita saksikan aktiviti yang sememangnya menarik.

Ini merupakan aktiviti permainan "rebut kerusi". Setiap peserta dikehendaki merebut kerusi setelah muzik dihentikan. haha 'siapa cepat dia dapat' gituuuu..

wah...akhirnya hanya ada beberapa sahaja peserta yang tinggal untuk bertanding merebut kerusi

kehadiran rakan2 dari kelas jiran (ppismp Gstt BM 2). Terima kasih kerana turut memberi bantuan bagi menjayakan program kali ini..cayalahhh..

memang meriah...semua lengkap..



                     
jeff -pemain keybord handalan tau...
Pengerusi majlis..wah..bakat baru dicungkil (Tielah & Gumat) 
Douglas & O-on berkaroeke...

Ini pula aktiviti permainan yang seterusnya iaitu tiup belon. Siapa yang bertuah akan  dapat memecahkan belon yang berisi kertas bertuah tersebut. Siapa pemenangnya?..


Wah..ini dia pemenangnya Tielah...Tahniah 3x.
Daniel merupakan pemenang bagi 'Anugerah-Lebih Hangat Dari Biasa'. Kenapa agaknya ye, mungkin kat kelas nampak cam tu kot..hehe
Alifah-pemenang bagi Anugerah Master Chef. Almaklumlah, minatnya dalam bidang masakan. kat library jer, memang takkan tinggal pinjam buku resipi masakan tau...


Wah 'Qaseh Safinah'-pemenang cabutan Tiket bertuah lah...

Mentor pun turut tidak ketinggalan mendapat cenderahati penghargaan ni..

penyerahan cenderahati penghargaan kepada Sir V.G

Danish anak lelaki Sir V.G mewakili Mdm.Vasanthi turut mendapat cenderahati jugak..

Sir Shamrin pun turut mendapat cenderahati penghargaan

Seterusnya jom kita saksikan aktiviti pengisian yang cukup menarik. Apa dia?..hehe.. Iaitu aktiviti Mumia tercantik. Melalui aktiviti ini, para peserta dikehendaki membalut rakan pasangan masing-masing menggunakan tisu yang telah disediakan. Balutan mana yang tercantik dan menjadi pilihan juri, itulah pemenang. Jom saksikan gambar tersebut :

Siapa kah gerangannya ini..jeng3x.. Suzana....

Ainol dengan Douglas..

hahhaa.. Noy dgn Dyan..

Nita dengan Jeff

Aina dengan Suzana

Sir Johan pun sempat ambil gambar bersama..


Wah..dah dapat siapa pemenangnya- Noy & Dyan..Tahniah3x...

Yaseer- pemenang Anugerah-Paling Wow.. owh..sungguh wow!!!

Dyan pemenang bagi Anugerah-Boombastik

Mai-Pemenang bagi Anugerah Melodi TV3..hehe, mungkin sebab Mai ni sentiasa membawa banyak berita2 yang cepat & tepat gitu..

Fahmi-Pemenang bagi Anugerah Prof.Serba tahu..memang serba tahu pun...
o-on memenangi anugerah Queen of korean...ye lah, sebab dia sememangnya begitu meminati  segala macam movie, drama mahupun lagu2 korea...

wah..'agi idup agi ngelaban'...hehe


sesi bergambar..very nice... 

pemotongan kek...enak ni..cheesse cake gitu..




Jeff-pemenang bagi Anugerah P.Ramlee. Bakat dia yang terserlah dalam bidang seni lah katakan..

Dayah-Pemenang bagi Anugerah Pingu2...huhu..mungkin sebab pesonalitinya yang sentiasa cute gitu..

Hafiza memenangi anugerah (Paling Slamber)..ermmm..sememangnya mama muda ni memang slamber je orangnya..

Jamili menang-Anugerah 'Wonder Pets'..Bukan apa, dia sememangnya popular dengan tagline  'Hai Kawwwwaaaan2'..hehehe

Gumat-Pemenang Anugerah Insan Melayu Terakhir.  ermmm..ada ciri2 kot..

Mazlinah Dede-Pemenang bagi Anugerah 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'..Memang sesuai, kerana bakatnya begitu terserlah dalam bidang nyanyian

Wah..Tielah pemenang bagi Anugerah-Misteri Nusantara.. "jangan biarkan diri anda diselubungi misteri"..hehe. Mungkin sebab dia ada bakat dalam bidang pengacaraan dokumentari kot..hehe

Ainol-Pemenang bagi Anugerah Hero Malaya..sesuai sangat!!..

Evelyne-pemenang Anugerah Elit. Maksudnya sentiasa membantu sesiapa dalam kesusahan. Macam 'batwoman' lah kot..hehe

Corina memenangi Anugerah- 'Diam2 Ubi Kentang'. Mungkin personalitinya yang agak pendiam namun  banyak ilmu pengetahuan yang dimilikinya...
penyerahan cenderahati penghargaan buat pensyarah- Puan Afinah 
Cik Zainab turut mendapat penyerahan cenderahati penghargaan..
Aina (dari kelas Ppismp Bm2) dapat hadiah tiket bertuah

Firo-mendapat anugerah -'Ayunya Kau'..haha..ayu kerrr...
Jom kita lihat beberapa tiket bertuah yang berjaya dimiliki oleh setiap orang. Tahniah !!!..& Jangan risau, semua orang sememangnya mendapat hadiah tiket bertuah tersebut tau..




Nita-Pemenang bagi Anugerah-Opocut. Sememangnya kelebihan  Nita dalam  tabiat melatah menambahkan keceriaan kepada suasana..
Douglas pula merupakan-pemenang bagi anugerah Raja Facebook. Apa taknya, dia ni memang tak kan pernah lekang melayani facebook di mana jua berada
Jom kita saksikan aktiviti pengisian seterusnya. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang menguji sejauh mana tumpuan para peserta semasa sesi pengiraan yang dilakukan oleh masing-masing tanpa beralah. Siapa yang tersasul atau tersalah membuat bilangan akan tersingkir. Jom kita saksikan gambar tersebut :



Akhirnya hanya tinggal dua peserta yang berebut menjuarai pertandingan.  Namun, akhirnya Muja berjaya menjuarai pertandingan. Tahniah3x..
Majlis diselangi oleh penyerahan hadiah cabutan tiket bertuah. Setiap para hadirin akan mendapat tiket bertuah masing-masing. Ada beberapa gambar yang sempat dititipkan :

Wah..mama cute ni dapat apa ye.. tahniah3x..
                                       


Majlis makan malam tersebut berakhir dengan penyampaian Anugerah Khas. Ingin ketahui apa anugerah tersebut. Ianya adalah anugerah khas "King of the Night & Queen of the Night" iaitu istimewa buat pensyarah yang menjadi pilihan juri (Para pelatih). Begitu juga dengan anugerah khas bagi "Prince of the Night & Princess of the Night" iaitu istimewa buat para pelatih yang menjadi pilihan para juri (para pensyarah). Jom kita lihat siapa kena.. hehehe

Tahniah.. inilah dia Prince & Princess of the night... Ainol & Evelyne...
Manakala King & Queen of the night jatuh kepada Sir V.G & Pn. Afinah. Tahniah diucapkan...
Akhirnya berakhir sudah majlis tersbut dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada setiap para hadirin yang memenangi bermacam-macam anugerah. Mohon kemaafan sekiranya ada kekurangan atau kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kelemahan kami sebagai manusia biasa, dan yang baik itu datang dari yang maha Esa.  Tidak lupa juga jutaan penghargaan diucapkan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Semoga di lain kesempatan, program-program yang dikendalikan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih teratur dan terancang. 

Sekian, Wassalam.