Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Saturday 22 March 2014

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sedar tak sedar, cuti sekolah telah pun bermula. Oleh yang demikian, kami mengucapkan selamat bercuti buat semua yang bercuti. Manfaatkan cuti dan masa lapang anda dengan perkara bermanfaat, In shaa Allah..

Pada masa yang sama juga, diucapkan selamat melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat semua rakan-rakan guru pelatih yang terlibat semasa buka sekolah akan datang. Semoga berjaya dengan cemerlang di sekolah masing-masing, okey...


Sekian, Wassalam...

Tuesday 18 March 2014

Lawatan Sambil buat Kajian dari Geng OPS Sejarah...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 15 Mac yang lalu bersamaan hari sabtu, kami iaitu para pelatih PISMP Sejarah ambilan Jun 2013, IPG Kampus Keningau telah mengadakan satu lawatan sambil belajar yang bertempat di Muzium Sabah, Kota Kinabalu Sabah. Program  ini adalah sebagai memenuhi sukatan pembelajaran yang dipelajari pada semester ini. Bukan itu sahaja, melalui program ini ianya juga boleh dijadikan sebagai aktiviti kelas yang merupakan satu bentuk pendedahan kepada guru untuk meneroka persekitaran. Malahan, ia juga dapat memberi idea atau rangsangan minda kepada pelatih untuk meningkatkan tahap kendiri yang positif sambil mengutamakan semangat kerjasama berpasukan selain menimba lebih banyak pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan.


Program ini merupakan program pemurnian dan perlu dilaksanakan sebagai pendedahan kepada Kursus SJH 3104 iaitu Sejarah Lisan bagi membolehkan guru-guru pelatih mencapai objektif pembelajaran berdasarkan sukatan proforma kursus program persediaan ijazah sarjana muda.

Kami turut berterima kasih di atas kerjasama dan keizinan dari pihak Muzium tersebut yang sudi berkoleberasi bersama kami bagi sesi rakaman di tempat tersebut. Di atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak muzium tersebut, kami dapat membuat kajian dan pembentangan berkaitan maklumat-maklumat yang kami perlukan bagi memenuhi proforma.

Mari kita sama-sama saksikan beberapa rakaman yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera :

Aktiviti semasa sesi kajian di muzium :












Acara penutupan serta sesi pembentangan dan aktiviti sesi soal jawab bersama pegawai Muzium:



















Setelah selesai di Muzium Sabah kami meneruskan persinggahan di Muzium Tamadun Islam, Kota Kinabalu Sabah bagi menunaikan solat.



Menjamu selera :





Aktiviti sebelum bertolak balik dan setibanya di IPG Kampus Keningau :










Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semuanya berkat kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Penghargaan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada pihak muzium yang sudi menerima kunjungan kami serta memberikan layanan yang cukup istimewa. Tidak ketinggalan juga, penghargaan terima kasih kami buat pensyarah pengiring, Encik Shamrin Surip yang sudi menjadi pensyarah pengiring bagi lawatan kali ini.

Akhir kata, kami berharap aktiviti-aktiviti seumpamanya ini tidak akan berakhir sampai di sini sahaja, malah berterusan lagi di masa-masa mendatang kelak. Semoga perancangan masa akan datang akan berjalan dengan lebih baik lagi, inshaa Allah...

Sekian, wassalam.

Sunday 16 March 2014

Kejohanan GERKO Bola Tampar Tahun 2014 anjuran PISMP Sejarah Semester 2...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pada 11 Mac yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan GERKO 2014. Pengelolaan ini adalah bertujuan untuk menilai pemarkahan GERKO bagi para pelatih ambilan Jun 2013 di IPG Kampus Keningau. Kami adalah para pelatih yang menganjurkan kejohanan GERKO bagi Bola Tampar tahun 2014.

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan baik berkat kerjasama dari semua AJK dan para peserta dari setiap batalion. Pada kali ini, ianya melibatkan komitmen daripada setiap batalion yang terdiri daripada batalion Monsopiad, Mat Saleh, Antanom dan Korum. Jom kita saksikan beberapa rakaman dari lensa kamera kami :

Sebelum pertandingan berlangsung :


























Semasa pertandingan berlangsung :



























Selepas pertandingan berlangsung :



Hari terakhir, semasa penyampaian hadiah :






Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tidak terdapat sebarang masalah serius semasa mengelolakan kejohanan ini. Sekali lagi, kami selaku AJK pengelola bagi kejohanan GERKO pada tahun 2014 ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam acara kejohanan GERKO pada kali ini. 

Semoga di masa akan datang lagi, akan jadi lebih baik. Akhir kata, kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan semasa program kejohanan ini berlangsung. Sesungguhnya yang kurang itu datangnya dari kelemahan kami sendiri dan yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa.

Sekian, Wassalam.