Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Tuesday 9 October 2012

Pulako...Mencipta Kenangan Terindah...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 03hb.Oktober.2012 yang lalu, kelas kami telah mengadakan jamuan makan malam. Jamuan tersebut bertempat di Pulako (Pusat Latihan Kokurikulum) IPG Kampus Keningau. Sebenarnya jamuan tersebut adalah atas idea dan inisiatif bersama pensyarah kami yang begitu dedikasi, iaitu Sir.Shamrin. Beliau merupakan tenaga pengajar yang mengajar dalam bidang Sejarah Politik Malaysia Sehingga Abad ke-20 (SJH 1103). Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar yang cukup menarik. Semoga terhibur !!!..
Geng kareoke..bukan calang2 tau...

sambil makan pun sempat poseng..


wah...masing2 ada trend...ada style lahhhh...

Para pensyarah yang sudi hadir. (Pn.Afinah, Sir. Abdul Kadir  bersama Sir.Shamrin)

Daniel & Douglas berduet bersama. Pak Jamili tu, bukan main lagi pilih lagu  ye...

Mama-mama cute (Corina & Pijut) bersama Dyan & Mai

Amboi...asyik sungguh mereka berduet ya..3 Suara tuuuu...


Wah...rajin sungguh mereka mengelap pinggan...cayalah






Yaseer..bukan main lagi ye...

Sir.Shamrin tengah sibuk memberikan penerangan tu..



Sir. Shamrin pun tidak ketinggalan mempamerkan bakat seni suaranya. Memang hebat..














Inilah gerangannya yang menguruskan PA.Sistem, Sir Amjah.  Terima Kasih  diucapkan atas segala khidmat beliau pada malam tersebut


makan..jangan tak makan...hehe

Wah..muja...vokal terbaiikkkk ni...


Mai dengan kemerduan suaranya..
Alifah dengan lagunya 'Tenda Biru".

Sungguh asyik mereka menari ye...

Akhirnya sampailah ke kemuncak. Tidak sah, kiranya tidak mengambil gambar kenangan bersama.

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan buat Sir.Shamrin dan para pensyarah yang lain kerana sudi menghadirkan diri ke jamuan makan malam tersebut. Untuk pengetahuan anda juga, Sir Shamrin banyak memberikan sumbangan terhadap perbelanjaan jamuan kali ini. Tidak lupa juga buat Puan Afinah yang sudi menghadirkan diri.Untungnya, kehadiran beliau bukan dengan tangan kosong malahan bersama aiskrim-aiskrim yang sememangnya lazat-lazat belaka. Terima kasih sekali lagi, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, Amin Ya rabbal'alamin..

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment