Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Tuesday 9 October 2012

Menariknya..Bulan Bahasa Melayu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Terlebih dahulu, admin ingin memohon maaf di atas keterlewatan diri ini mengemas kini blog yang kian lama makin dikunjungi ramai pengunjung yang begitu dedikasi. Terima kasih di atas keprihatinan anda yang sanggup meluangkan masa mengunjungi dan menjenguk laman blog ini. Tidak lupa juga, buat rakan-rakan blogger yang sudi memberikan ucapan dan komen-komen di ruangan "sembang santai".

Sememangnya komitmen sebagai pelajar begitu mencabar, sehinggakan sukar menemui kelapangan waktu untuk menunaikan komitmen di laman blog ini. Pada kali ini, kami ingin berkongsi suatu perkongsian yang begitu menarik. 

Bertempat di Dewan TSSK IPG Kampus Keningau Sabah, pada 24hb.September.2012 yang lalu telah berlangsungnya bulan bahasa Melayu. Ianya dianjurkan oleh para pelatih Program DPLI Bahasa Melayu Ambilan Disember 2011. Ini merupakan program julung-julung kalinya diadakan oleh para pelatih dari program tersebut. Para pelatih khususnya dari Program PPISMP Sejarah Gstt tidak ketinggalan mengikuti acara-acara yang dianjurkan dalam program tersebut. 

Sememangnya program kali ini banyak memberikan kebaikan dan objektif dalam pembelajaran. Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar yang sempat dipetik. Semoga anda terhibur.

O-on sedang menghias wajah Gumat (peserta bagi pertandingan Busana  Tradisional Klasik)

Di antara para pelatih yang menyertai pertandingan Busana Tradisional Klasik.
Dari kiri (Suzana, Mel, Douglas & Qiela) 

Douglas memperagakan busananya

Peserta yang bertanding juga dikehendaki menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh Pengacara Majlis

Suzana sedang menjawab soalan yang diajukan

Melincy dengan keayuannya.. 

Wah, Gumat yang sememangnya diminati oleh ramai  peminat

Manisnya Qielah berbaju kurung melayu asli..

Para pelatih yang sudi menyaksikan pertandingan Busana Tradisional Klasik

Kesemua para peserta yang bertanding

Juara Pertandingan Busana kali ini jatuh kepada Boi (Senior Sem.8) Tahniah !!!...

Gumat mendapat tempat ketiga

Douglas berjaya mendapat tempat kedua...


Pada malam majlis penutupan bulan bahasa Melayu tersebut, terdapat banyak pengisian yang sememangnya menarik. Tidak rugi para jemputan menghadirkan diri bagi menyaksikan majlis penutupan tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil :

hah... Jangan salah sangka. Gambar tersebut hanya sekadar hiasan sahaja. Ianya adalah sebahagian daripada pengisian  tentang budaya adat resam perkahwinan mengikut kaum Melayu.

Tahniah buat para pelatih dari ppismp sejarah yang turut memenangi  beberapa acara yang diikuti



Maisarah, Dyan, & Jeff merupakan peserta yang turut menjadi Johan bagi acara berpantun. Manakala Alifah  & O-on pula mendapat tempat kedua bagi acara menghias makanan tradisional. Tidak kurang juga hebatnya Jeff & Mazlinah (Dede) yang berbakat dalam seni suara. Jeff telah mendapat tempat pertama bagi Pertandingan Lagu Klasik 60-an. Mazlinah (Dede) telah mendapat kedua. Tahniah buat mereka.

Amboi..sempat poseng ye..cayalah. !!!



ini kalilllahhh..paling manaaannngggg...hehe

Para pelatih yang terlibat sebagai peserta pertandingan

Douglas & Daniel yang merupakan Johan bagi petandingan  menghias makanan tradisional

Sememangnya penglibatan dari para pelatih yang menyertai beberapa acara pertandingan banyak menjayakan lagi program Bulan Bahasa Melayu kali ini. Melalui program ini, banyak bakat terpendam yang semakin terserlah. Walaupun ianya merupakan bidang yang agak berbeza daripada bidang sejarah, namun tidak salah untuk para pelatih khususnya dari Jabatan Kajian Sosial seperti kami untuk melibatkan diri dalam program ini. Akhir kata, semoga prestasi ini akan meningkat dan berkekalan pada program-program yang dianjurkan pada masa akan datang kelak, InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment