Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 14 October 2012

Persiapan ke arah "Sekelumit Bicara Mengusik Kenangan"..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada kali ini, kita akan menyaksikan alkisah persiapan ke arah 'Sekelumit Bicara Mengusik Kenangan'. Jika anda ingin tahu ianya merupakan tema bagi Majlis Makan Malam anjuran PPISMP Sejarah GSTT semester 2. Satu perkara lagi, majlis tersebut akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Rakan-rakan kita ni semuanya berusaha keras membuat persiapan tersebut. Jom kita sama-sama saksikan. Semoga anda terhibur.

Dayah & Nita membuat gubahan bunga. O-on tengah berkongsi cara menggubah bunga menggunakan reben kepada Dyan




tadddaaa..inilah gubahan kreativiti mereka...cantik kan...

Seterusnya pula, mari kita saksikan beberapa gambar yang sempat dipetik semasa sesi latihan koir mereka. Pada majlis makan malam tersebut, akan dipersembahkan persembahan koir. Jadi, semua ingin memastikan  yang terbaik.

Jeff sedang mencari idea muziknya..

wah..Gumat & Mai besungguh-sungguh tu..

ini dia rakan-rakan kita yang turut sama berlatih vokal ye...cayalah..

ehem3x... cayalah semua...

Semua, bukan main lagi ye...











Tak sangka, banyak kemahiran yang sememangnya dimiliki oleh rakan-rakan kita ni. Masing-masing mempamerkan kelebihan tersendiri. Melalui aktiviti dan program seumpamanya ini, kita dapat melihat bakat terpendam dan kemahiran yang selama ini tersembunyi. 

Jom kita saksikan sedikit rakaman semasa sesi latihan koir.

*Peringatan : Sesetengah rangkaian internet tidak akan dapat mengakses video tersebut atas sebab disekat oleh perkhidmatan rangkaian internet yang anda gunakan. Sebagai contoh jika anda menggunakan 'wifi yg disediakan oleh KPM', ianya akan menyekat perjalanan rakaman video seperti ini. Harap maklum. 
Terima Kasih


Syabas dan tahniah diucapkan di atas segala usaha, kerjasama serta sumbangan yang diberikan oleh para pelatih bagi menjayakan program yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga, semuanya akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment