Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Saturday 9 May 2015

Imbas kembali...Projek Fire Drill di IPG Kampus Keningau...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setelah lama laman ini sepi tanpa khabar berita, tibalah masanya laman ini dikemas kini.

Jom imbas kembali apa cerita menarik sepanjang semester ini...


Pada 26 Februari 2015 bersamaan hari Khamis yang lalu, telah berlangsungnya ceramah dan taklimat pengungsian bangunan. Melalui tiga agenda yang diceramahkan iaitu Pencegahan Kebakaran, Pengenalan Peralatan Kebombaan dan Demo Alat Pemadam Api. Para pelatih dari opsyen PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013 seramai 20 orang diberikan taklimat secara menyeluruh dan mendalam. Di antara penceramah yang terlibat ialah seperti Encik Nazri Nasir dan Encik Leong Hoi Min.

Melalui ceramah tersebut, pelatih diberikan latihan dan pendedahan tentang beberapa tatacara bagi mengadakan latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) yang bertujuan untuk menilai kesiapsagaan warga IPG Kampus Keningau menghadapi bahaya kebakaran sebenar. Seterusnya pelatih diberikan pendedahan tentang cara menggunakan alat pemadam api serta bahan yang terkandung dalam alat pemadam api dan cara-cara mengenal pasti tempoh tamat bahan yang terkandung dalam alat pemadam api.

Sebelum berlepas :


Ketibaan pelatih PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 :





Ucapan Encik Janil Jaya, Penolong Pegawai Bomba dan Penyelamat Cawangan Daerah Keningau :





Slot pertama, Taklimat Pengunsian Bangunan. Disampaikan oleh Encik Nazri Nasir, Pegawai Bomba dan Penyelamat Cawangan Daerah Keningau :




Slot Kedua, cara penggunaan Alat Pemadam Api :



Aktiviti Praktikal :








Penyampaian cenderahati :




Sesi taklimat selesai :




Pada 09 Mac 2015 bersamaan hari Isnin yang lalu, telah berlangsungnya Projek Fire Drill. Ianya bertempat di Astaka, IPG Kampus Keningau. Projek Fire Drill pada kali ini melibatkan para pelatih dari opsyen PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 seramai 20 orang selaku AJK Pelaksana dibimbing oleh pensyarah penasihat daripada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Encik Richard Kajim.

Matlamat program ini adalah memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga IPG Kampus Keningau tentang pentingnya pengetahuan asas untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

Sebelum perasmian Projek Fire Drill :
Mengadakan mesyuarat susulan bagi melicinkan pelancaran program




Melabel pelan :




Sebelum pelancaran perasmian Firedrill :



Semua warga IPG berkumpul :





Ketibaan Pegawai Bomba :


Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah Miki menyambut mesra kedatangan Pegawai Bomba
Slot Pertama :


Slot Kedua :



Penyerahan sijil kepada Wakil AJK Pelaksana dan Pegawai Bomba :



Sesungguhnya, program ini banyak mendatangkan kebaikan dan ilmu pengetahuan kepada kami selaku AJK Pelaksana program. Selaku Ahli Jawatankuasa Pelaksana, kami merakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. 

Di samping itu, kami ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan semasa mengendalikan program ini. Bak pepatah mengatakan 'Yang kurang itu datangnya dari kelemahan kami sebagai manusia biasa dan Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T'...


Sekian, Wassalam..

No comments:

Post a Comment