Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 10 May 2015

Perasmian Galeri Sejarah IPG Kampus Keningau, Sabah

Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 20 Januari bersamaan hari Selasa yang lalu para pelatih dari opsyen Sejarah ambilan Jun 2013, IPG Kampus Keningau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Warisan Keningau. Lawatan ini adalah untuk memenuhi objektif pembelajaran bagi mata pelajaran SJH3073 Pembelajaran Berasaskan Projek.

Pada semester kali ini, kami akan menghasilkan pembelajaran berasaskan projek. Oleh itu, kami telah menyiapkan kertas kerja berkaitan menghasilkan Galeri Sejarah di IPG Kampus Keningau. Syukur alhamdulillah, kertas kerja tersebut telah diluluskan.

Projek ini merupakan tugasan kursus di bawah bimbingan pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial, Encik Linos Sumping.

Dalam menyiapkan projek ini, terdapat pelbagai proses secara beperingkat-peringkat yang kami telah lalui. Jom sama- sama kita saksikan.

Lawatan ke muzium Warisan Keningau :
















Mesyuarat susulan bersama Ketua Jabatan Kajian Sosial, Encik Juhilin @Losuyun Takun : 








Mesyuarat susulan bersama Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Sabah Tuan HJ. Baharom Mohd. Nor :






Persiapan Projek... Di sebalik tabir pembikinan projek Galeri Sejarah :




















Manakala pada 22 April 2015 iaitu bersamaan hari Rabu yang lalu adalah merupakan Perasmian Galeri Sejarah, IPG Kampus Keningau Sabah. Perasmian ini disempurnakan oleh Pengarah IPG Kampus Keningau iaitu Puan Rujinah Miki.
















Demikianlah peringkat-peringkat yang dilalui bagi menyiapkan projek Galeri Sejarah yang bertempat di Perpustakaan IPG Kampus Keningau Sabah.

Sesungguhnya sebagai AJK Pelaksana bagi melancarkan pelaksanaan projek ini, kami sangat berbangga dan bersyukur kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk menabur bakti dan sumbangan di tempat menimba ilmu ini.

Terima kasih tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek pada kali ini. In Shaa Allah, doakan semoga Galeri Sejarah ini akan sentiasa bersinar dalam menyerlahkan kegemilangan sejarah yang sentiasa terukir di ingatan kita semua...

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment