Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Monday 15 December 2014

MENGIMBAU DETIK LALU DI IPG KAMPUS BATU LINTANG, SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pada kali ini, kamiorang ingin mempersembahkan detik-detik manis semasa lawatan ke IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak pada 22 hingga 26 Ogos 2014 yang lalu. Ianya berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Lawatan tersebut diiringi oleh pensyarah pembimbing kamiorg bg subjek SJH3053:Sejarah Sabah dan Sarawak 1941-2000(major).

ADMIN ingin memohon maaf atas keterlewatan kemas kini blog ini berkaitan program lawatan tersebut yang telah berlalu beberapa bulan yang lalu. Maklumlah keterbatasan masa begitu banyak membataskan pergerakan dalam aktiviti kemas kini laman blog ini...

Banyak pengisian yang dimuatkan semasa kamiorang di sana pada masa itu...

Jom sama-sama kita saksikan slot yang memaparkan detik-detik manis dan aktiviti bermanfaat kamiorang di tempat menarik tersebut...

Jeng..jeng..jeng....

HARI PERTAMA..

Semasa ketibaan kamiorang di lapangan terbang, Kuching Sarawak, kamiorang disambut mesra oleh para pelatih dari opsyen Sejarah yang merupakan junior kamiorang..



Majlis pertemuan bersama wakil dari IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak...





Pada sebelah petangnya, kami melakukan pelbagai aktiviti perlawanan persahabatan dan riadah yang mana secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim sesama kamiorang semua...












Malamnya, kami menjamu selera di sekitar berdekatan IPG Kampus tersebut tanpa menggunakan kenderaan. Pada masa yang sama, sambil berjalan kaki kami dapat merasai keindahan saujana malam...





HARI KEDUA

Seawal pagi lagi, kamiorang telah bertolak untuk menuju ke Kampung Budaya. Inilah tujuan utama kami iaitu mengkaji budaya dan kaum pribumi di Sarawak...










HARI KETIGA
Pada hari ketiga pula, kamiorang melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu melawat muzium-muzium yang terdapat di Kuching, Sarawak ini...









Malamnya, merupakan majlis penutupan bersama wakil dari IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak..





HARI TERAKHIR

Kami bertolak balik ke IPG Kampus Keningau, Sabah...



Syukur alhamdulillah, kerana segalanya yang dirancang telah pun dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga dengan lawatan ini guru-guru pelatih IPG Kampus Keningau yang terlibat memperoleh segala ilmu dan pelajaran sekaligus ilmu yang diperolehi di dalam lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Di samping itu, adalah diharapkan agar program ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan bagi melahirkan guru pembina negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai aspek ilmu dan kemahiran selaras kehendak PIPP ke arah kecemerlangan pendidikan. 

Oleh itu, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat pihak IPG Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak atas kerjasama dan layanan mesra sepanjang keberadaan kami di sana. 

In shaa Allah kita bertemu lagi di lain kesempatan.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment