Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Friday 21 June 2013

Sudah Bersedia?..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Bermula 24 Jun 2013, hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi akan bermulalah sesi interaksi pembelajaran bagi para pelatih PISMP Ambilan Jun 2013. Jom kita saksikan sedikit maklumat yang dipetik dari sumber >>> IPG Kampus Keningau ;

Berikut merupakan Jadual waktu Edisi 1 bagi pelatih PISMP Opsyen Sejarah (SK) Ambilan Khas Jun 2013.


Seterusnya pula merupakan Kalender Akademik Semester Jun 2013.


Untuk pengetahuan anda juga, mentor kepada Kelas PISMP Sejarah Sem. 1, 2013 juga telah diambil alih oleh Encik Abdul Halim bin Hashim dan Encik Abdul Kadir bin Mohd. Azis yang masih kekal seperti sebelum ini. Hal ini kerana, mentor sebelum ini iaitu Encik Johanis Manggata telah berpindah bertugas ke tempat lain. 


Oleh itu, sudah bersediakah anda untuk melangkah lebih jauh wahai rakan-rakan pelatih seangkatan?..
Bersedia atau belum, langkah perlu diteruskan. Semoga visi dan matlamat kita untuk menjadi seorang warga pendidik akan terlaksana akhirnya, InsyaAllah..

Akhir kata, selamat maju jaya..

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment