Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 14 July 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Pada 12 Julai yang lalu telah berlangsungnya pelancaran majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di IPG Kampus Keningau. Ianya bertempat di Dewan Tan Sri Suffian Koroh (TSSK). Ianya berlangsung pada jam 02.00 petang hingga ke jam 04.00 petang. 

Majlis sambutan hari guru tersebut telah dianjurkan oleh AJK pelaksana yang terdiri daripada para pelatih dari opsyen PISMP Sejarah Semester 1 ambilan Jun, 2013. Sebelum majlis berlangsung, bermacam persiapan telah disusun atur oleh kesemua ajk pelaksana bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Jom, kita sama-sama saksikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan :

firo & douglas melabel tagging untuk setiap tempat duduk para tetamu

tiela & gumat sibuk membuat serba sedikit hiasan

alifah & dyan menyusun atur hadiah


fahmi kelihatan sedang mengangkat sedikit barangan elektrik
Jeff menyusun atur kelengkapan bagi sesi tayangan audio

Yasser turut membantu Jeff

Fiza & Alifah sedang mengemas beberapa kain yang ingin digunakan sebagai hiasan  pentas

inilah ia keadaan keseluruhan pentas selepas selesai dikemas kini

juru teknik yang bertugas iaitu Dyan & Ainol


Douglas dibantu oleh para pelatih dari opsyen P.A.I memegang bunga manggar

rakan pelatih dari opsyen GSTT BM 1 & 2 turut memberikan bantuan kepada AJK Pelaksana program

o-on selaku penyelaras program memberikan serba sedikit penerangan sebelum majlis berlangsung

rakan-rakan pelatih yang sudi menghadirkan diri sebelum majlis berlangsung

terima kasih di atas kehadiran rakan-rakan pelatih sepanjang sesi taklimat sebelum majlis berlangsung

Jom kita saksikan pula ketibaan parapensyarah & tetamu VIP yang hadir :

En. Halim selaku mentor kepada pelatih GSTT Sejarah (AJK Pelaksana Program)

Mdm Nora bersama En.Halim sempat mengambil gambar bersama



En. Mait & En. Amjah


AJK Protokol & penyambut tetamu juga dibantu sepenuhnya oleh para pelatih dari Opsyen PPISMP P.A.I Sem 3



Puan. Rodzita tiba & disambut mesra oleh para pelatih


Douglas menyerahkan beberapa cenderahati berupa lencana dan sedikit manisan








senyuman manis & ceria oleh barisan pensyarah wanita

AJK juru teknik yang terdiri daripada Daniel, Dyan & Ainol

Barisan pensyarah wanita yang tampak ayu jelita

rakan-rakan senior yang turut memberikan sokongan padu

barisan AJK Protokol bersama penyambut tetamu yang setia menunggu di hadapan pintu masuk gerbang

pasukan kompang yang sering mengalunkan alunan kompang begitu syahdu

Ketibaan Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah Miki disambut oleh pasukan kompang dengan meriahnya




Puan Rujinah Miki diberikan cenderahati berupa lencana dan manisan

Berikut merupakan perasmian pelancaran sambutan Hari Guru 2013 yang cukup meriah. Jom sama-sama kita saksikan :

majliskan dimulakan dengan persembahan tarian KUSERI yang dianggotai oleh para pelatih kumpulan tarian IPG Kampus Keningau


kelihatannya para VVIP begitu terhibur dengan beberapa persembahan yang dipersembahkan oleh para pealtih yang begitu berbakat


pengacara majlis iaitu dede & Mujahid yang turut menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung

AJK Urus setia & pendaftaran

nyanyian lagu-lagu kebangsaan


bacaan doa oleh yaseer

bacaan ikrar oleh En. Halim




rakan pelatih dari GSTT BM2 yang turut memberikan sokongan mantap

YDP -Hidaffi yang turut memberikan ucapan

Tuan Pengarah, Puan Rujinah Miki memberikan kata-kata aluan terus merasmikan majlis sambutan Hari Guru 2013

Berikut pula merupakan beberapa anugerah yang berlangsung. Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang anugerah. Terdapat beberapa pensyarah yang berjaya meraih anugerah ;

En. Bujang dijemput untuk menyampaikan anugerah

En. Ronald berjaya meraih anugerah 'Pensyarah Inovatif'

En. Adnan berjaya mendapat anugerah 'Pensyarah Memartabatkan Bahasa'. En.Adnan tidak dapat hadir & diwakili oleh  umie selaku pensyarah di bawah unit bidang Pengajian Melayu

Cik Hjh. Zainab memenangi anugerah 'Pensyarah Prihatin'

Seterusnya pula adalah merupakan cabutan tiket bertuah. Tahniah diucapkan kepada yang bertuah.







Majlis diteruskan lagi dengan persembahan puisi yang terdiri daripada Dyan, Jeff & Alifah


Seterusnya, majlis diteruskan dengan beberapa anugerah kepada pensyarah ;

Mdm. Vasanthi memenangi anugerah 'Pensyarah Integriti'

anugerah 'Pensyarah Berkarisma'

Penyerahan hadiah cenderahati daripada YDP Hidaffi kepada  Puan Pengarah, Puan Rujinah Miki

Penyerahan hadiah cenderahati oleh Setiausaha Agung JPP, Norashikin kepada Timbalan Pengarah  En. Baharom Md. Nor

Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid

sesi pemotongan kek bersempena Sambutan Hari Guru



Majlis diteruskan lagi dengan majlis pelancaran Bulan Disiplin bersama dengan barisan JPP


Sesi bergambar semua pensyarah IPG Kampus Keningau 2013

Kemudian, majlis sambutan Hari Guru tersebut diserikan lagi dengan jamuan hidangan yang dipersembahkan oleh kelas masing-masing. Jom kita saksikan beberapa gambar yang dirakam melalui lensa kamera kami orang ni :

Puan Rujinah bersama Timbalan pengarah dan Ketua Jabatan HEP, En. Mazlan diiringi untuk menjamu selera ke setiap kelas-kelas


ketibaan Puan Rujinah bersama pensyarah yang lain ke kelas Makmal Sains Saga (Opsyen GSTT Pismp Sejarah Semester 1)

hidangan yang disediakan adalah seperti laksa sarawak, puding dan beberapa pencuci mulut

para pensyarah yang sudi hadir






Para pelatih dari opsyen GSTT  PISMP sejarah



Majlis sambutan hari guru 2013 tersebut berakhir dengan jayanya. Terima kasih diucapkan buat semua rakan-rakan pelatih yang sanggup meluangkan waktu dengan memberikan sokongan semasa sesi raptai dan sepanjang majlis berlangsung. 

Jutaan ucapan terima kasih juga diucapkan buat para tetamu VVIP dan barisan pensyarah yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis pelancaran sambutan hari guru tahun 2013 ini. Tanpa sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak, program ini tidak akan berlangsung dengan meriah dan jayanya.

Seperti kata-kata dari pengacara majlis tempoh hari --> (saudara Mujahid & saudari Mazlinah-dede), jikalau ada salah-silap atau kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung mohon maaf dipinta. Yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa, yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sebagai manusia biasa.

Akhir kata, semoga program-program yang akan datang akan dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi, insyaAllah.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment