Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 16 June 2013

Permulaan yang baru...

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sedar tak sedar, musim cuti telah pun berlalu. Hari ini merupakan permulaan bagi kami orang untuk meneruskan pengajian ke semester yang baru. Jika dahulunya kami orang beradadi peringkat PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan), namun berlainan keadaaannya dengan sekarang.


Pada semester kali ini, kami akan meneruskan pengajian ke peringkat PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan). Semuanya masih dalam perasaan berdebar menantikan keputusan bagi peperiksaan semester lepas. Doakan kejayaan kami orang ya, insyaAllah.

Dengar-dengar khabar, banyak pengisian dan aktiviti yang akan diatur serta dilaksanakan kepada opsyen kami orang ni kelak. Jadi, mungkin sepanjang 6 bulan akan datang ini kami orang berada di IP hanya beberapa detik sahaja. Ini kerana, banyak aktiviti luar yang akan kami ikuti ditambah pula oleh cuti umum dan pelbagai. Tidak mengapalah, kita nantikan sahaja agenda seterusnya, ok.

Akhir kata, kami orang mewakili para pelatih dan warga kerja IPG Kampus Keningau mengucapkan selamat menempuh semester baru dengan azam baru yang lebih mantap buat semua warga pelatih di IPG seluruh Malaysia.


Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment