Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Thursday, 10 October 2013

Bina Insan Guru Fasa 1

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Lama sudah laman ini tidak menerima kunjungan dan kemas kini terkini dari kami orang. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sekitar beberapa detik ini. Oleh sebab itu, banyak perkara dan tugasan yang perlu kami selesaikan. 

Beberapa ketika yang lalu, telah berlangsungnya program Bina Insan Guru fasa 1. BIG Fasa Satu ini berlangsung selama empat hari tiga malam. Ianya bermula pada 26hb.September sehingga 29hb. September 2013. Dijalankan di Binsulok Nature Resort, Membakut. Tuan Shamrin bin Surip dilantik sebagai penyeleras BIG Fasa satu. Manakala Tuan Budiman Abpa dilantik sebagai Ketua Komanden. Program BIG Fasa Satu ini melibatkan gabungan di antara tiga buah kelas iaitu PISMP GSTT Bahasa Melayu 1, PISMP GSTT Bahasa Melayu 2 dan opsyen kami orang sendiri iaitu PISMP GSTT Sejarah.

Perkhemahan tersebut berlangsung dari 26 hb. September sehingga 29 hb. September 2013. Banyak perkara dan pengalaman terindah yang kami perolehi daripada program perkhemahan pada kali ini. kem Bina Insan Guru (BIG) ini sebenarnya sangat bagus untuk para pelatih guru, di samping membentuk keperibadian seorang guru, pelbagai ilmu baru juga yang telah kami perolehi. Ilmu-ilmu yang kami perolehi ini tidak mampu dimiliki jika dipelajari secara teori sahaja melainkan dijalankan secara amali juga. Sebagai contoh aktiviti water confident sangat penting untuk diri sendiri dan juga kegunaan di masa akan datang jika membawa murid-murid menjalani aktiviti air. Selain itu, aktiviti seperti malam kebudayaan juga mampu mencungkil bakat terpendam dalam kalangan para pelatih. Selain itu, aktiviti kembara pula mampu mengajar para pelatih cara untuk meneruskan kehidupan jika tersesat di dalam hutan. Manakala bagi aktiviti memasak pula melatih guru cara untuk menganggarkan makanan yang secukupnya buat satu kumpulan dan cara untuk memastikan bekalan makanan tersebut cukup untuk tempoh yang ditetapkan. Di samping itu, hubungan di antara kami juga semakin erat kerana aktiviti BIG ini merupakan aktiviti pertama yang menggabungkan kami tiga kelas. Kami juga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan dapat melihat di mana bakat atau kecenderungan ahli kumpulan masing-masing. Kerjasama dengan ahli kumpulan yang lain juga sangat baik dan banyak membantu kami di dalam pelbagai aktiviti. Bukan itu sahaja, peraturan yang ditetapkan seperti mesti berada 15 minit awal sebelum aktiviti juga melatih kami untuk lebih berdisiplin dan menepati masa.


Jom kita saksikan pula beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami orang ini :





Berikut merupakan acara perasmian dan bermulanya pengembaraan kami orang...









Seterusnya, mari kita tengok pulak aktiviti senaman, serta tazkirah dan moral bagi kami orang ni...






Di samping itu juga, terdapat beebrapa aktiviti berbentuk Latihan Dalam Kumpulan yang dikendalikan oleh Tuan Bujang..











OK, kali ini kita lihat pula beberapa aktiviti tentang pembentangan bendera kumpulan masing-masing..















Seterusnya kita beralih pula pada aktiviti kembara yang sempat dirakamkan...












Pada acara program penutupan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti ucapan penutupan oleh Timbalan Pengarah, Tuan Hj. Baharom Md. Nor yang mewakili Puan Pengarah, Pn. Rujinah Miki kerana tidak dapat hadir atas urusan rasmi di luar, kemudian disusuli oleh ucapan daripada ketua kem Komanden, Tuan Budiman Abpa. Pada majlis penutupan tersebut juga, setiap kumpulan mempersembahkan persembahan masing-masing. Jom kita saksikan...












Aktiviti yang terakhir adalah pembentangan refleksi dari setiap kumpulan dan bacaan doa sebelum bertolak balik ke IPG Kampus Keningau...




Akhir kata, diharapkan aktiviti BIG Fasa Satu ini dapat menjadi titik tolak kepada kami pelatih guru untuk menjadi bakal guru yang baik dan mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat dipraktikkan apabila menjadi guru kelak. InsyaAllah.

*P/S : admin memohon maaf di atas keterlewatan kemas kini laman ini serta kekurangan serba-serbi gambar-gambar yang disertakan bersama pada topik BIG Fasa 1 kali ini. Ini sahaja mampu diberikan setakat ini. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari kelemahan admin sendiri, dan yang baik itu datangnya dari yang maha Esa.. Wallahu'alam..

Friday, 23 August 2013

Selamat Kembali Ke Kampus...

Assalamualaikum & selamat Sejahtera..

Bahang lebaran hari raya kian dingin disapa bayu lembut. Wah, bukan main jiwang dan sastera pula ayat kali ini. Al-maklumlah terpengaruh dengan pengkajian terhadap banyak karya-karya agung yang dimuatkan ke dalam tugasan kami orang kali ini SJH 3102-Pensejarahan Malaysia.

Dalam tak sedar, sedar dalam angan.. cuti bersempena hari raya + PBS kami orang 3 minggu yang lalu telah pun berakhir. Sudah tiba ke penghujungnya. Sepanjang PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) tersebut, memang banyak sangat peristiwa dan pengalaman manis yang kami orang rasai. Semuanya memberikan ilmu dan manfaat buat kami orang sebagai warga pendidik, Syukur alhamdulillah.

Sekarang tibalah masanya kami kembali semula untuk meneruskan komitmen sebagai pelajar.




Kembali menyahut cabaran dan meneruskan berusaha tanpa erti putus asa. Ya, tanpa putus asa. Samalah seperti Si Sang semut ni, insyaAllah.


Akhir kata, kami orang mewakili seluruh warga pelatih dari opsyen PISMP Sejarah Semester 1, Ambilan Jun 2013 mengucapkan selamat kembali ke kampus buat seluruh warga pelatih IPG di seluruh Malaysia yang telibat dan semoga maju jaya, InsyaAllah..

Sekian, Wassalam

Wednesday, 7 August 2013

Salam Aidilfitri Mulia 2013

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Di kesempatan ini kami Geng Ops Sejarah, IPG Keningau ingin mengucapkan ;


Jangan lupa yang kat bawah ni ok ;


Akhir kata, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya ada salah & silap selama pertemuan kita sama ada di laman maya ini mahupun di alam nyata. 

Sekian, Wassalam


Friday, 2 August 2013

Selamat bercuti 'Hari Raya'...

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, kami pelatih dari opsyen PISMP Sejarah Sem 1 ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa yang hanya menanti beberapa detik untuk lebaran aidilfitri.


Tanpa disedari hari ini dengan rasminya telah bermula cuti umum bersempena 'Hari Raya Aidilfitri' selama 2 minggu bagi IPG di seluruh Malaysia dan yang sewaktu dengannya.Oleh itu, ramai pelatih yang telah bertolak balik ke kampung halaman masing-masing dan telah pun selamat sampai ke kampung ketika ini. Syukur alhamdulillah.


Jangan lupa, untuk tingkatkan amal di bulan ramadhan ini sementara kesempatan 10 malam terakhir masih ada lagi. InsyaAllah, semoga yang baik itu sentiasa mengiringi ibadah kita di bulan yang mulia ini.


Oleh itu, bersempena beberapa hari sahaja lagi menjelangnya lebaran sekali lagi kami orang mengucapkan selamat hari raya aidlfitri dan maaf zahir & batin. 



#Raya-raya juga, tapi assgment dilupa jangan ok. huhu..PBS kami orang kali ini, cun2 lepas cuti raya 2 minggu tu..makanya, cuti kami orang kali ini adalah 3 minggu termasuk cuti rayalah nampaknya.. Semoga dipermudahkan segalanya, Amin Ya Rabbal'alamin..

Sekian, Wassalam.