Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Thursday 14 August 2014

Rumah Terbuka Aidilfitri.. Geng Ops Sejarah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 15 Syawal yang lalu, PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 IPG Kampus Keningau merangkap Geng Ops Sejarah telah mengadakan majlis rumah terbuka bersempena bulan mulia hari raya aidilfitri di syawal ke 15.

Jom saksikan beberapa gambar yang sempat dipetik melalui lensa telefon bimbit pintar kami orang ni..

Sebelum majlis bermula, iaitu aktiviti memasak, menghias dan membuat persiapan..

jeng..jeng.. jeng...
























Bahagian juruteknik, PA Sistem dan deko hiasan...




Rehat sekejap sambil kupi-kupi...






Majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri pun bermula yang bertempat di kelas Luasong, Blok Kuliah, IPG Kampus Keningau ....

Laksa sarawak, menu istimewa ...


Kek lapis sarawak yang diimport khas dari Sarawak...



Lauk- ikan masak merah bersama nasi kuning beserta ayam masak terung...nyummyy..


Wah, sempat ber'monopod' lagi ya....






Kehadiran para pensyarah memeriahkan suasana sambutan rumah terbuka hari raya kami...



Pengarah IPG Kampus Keningau, Puan Rujinah Miki sudi menjadi tetamu undangan istimewa kami. Terima kasih di atas kesudian beliau...


Encik Shamrin sempat beramah mesra bersama para pelatih...





Turut sudi beraya bersama ke rumah terbuka hari raya kami adalah junior-junior dari opsyen PPISMP Sejarah semester 1..... 


Sesi bergambar Geng Ops Sejarah bersama dengan Pengarah, Timbalan pengarah dan para pensyarah IPG Kampus Keningau....


Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Hj. Baharom Mohd Nor sempat memberikan 'duit raya'. Terima Kasih Tuan...


Gambar kenangan bersama mentor PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013, iaitu Encik Abdul Kadir Mohd. Azis dan Puan Phylis Lim @Nur Ain Shahira



Junior-junior PPISMP Sejarah sem 1...




Turut hadir, Ketua Jabatan Kajian Sosial- Encik Losuyun @Juhilin Takun




Beraya bersama kelas jiran yang kebetulan turut sama mengadakan majlis rumah terbuka hari raya iaitu opsyen PISMP Bahasa Melayu II ambilan Jun 2013...



Setelah majlis selesai, aktiviti gotong royong mengemas..









Syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tidak lupa kami ucapkan penghargaan terima kasih di atas kesudian para tetamu yang sudi menerima undangan hari raya ke majlis rumah terbuka kami pada kali ini. 

Sesungguhnya suasana seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Akhir kata, kami memohon maaf andai ada kekurangan sepanjang majlis tersebut berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang kurang itu datang dari kelemahan kami sendiri. 

Semoga syawal di tahun-tahun mendatang akan bertambah serinya lagi seperti kali ini, insyaAllah...

Sekian, Wassalam.

1 comment:

  1. Assalammualaikum..masih belum terlewat ucapkan selamat hari raya :) ..bls kunjungan anda .. meriahnya sambutan rumah terbuka .. sy follow sini :)

    ReplyDelete