Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 10 August 2014

Kembali ke kampus tercinta...

Assalamaualaikum & selamat sejahtera..

Cuti bersempena hari raya telah pun seminggu berakhir. Oleh itu, kami mengucapkan selamat kembali ke kampus tercinta buat semua para pelatih IPG di seluruh Malaysia.


Pada masa yang sama, kami juga mengucapkan ....


Bersempena kembalinya kami ke kampus tercinta di bulan mulia ini, kami telah mengadakan suatu program gotong-royong di kelas kami iaitu Luasong, Blok Kuliah IPG Kampus Keningau.

Jom kita sama-sama saksikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa telefon bimbit pintar kami...




























Gotong-royong tersebut adalah bertujuan untuk mengubah keadaan kelas Luasong kepada tema sejarah dan patriotisme. Segala-galanya masih dalam proses pengubahsuaian. 

InsyaALLAH, kerja-kerja ini akan segera berakhir dengan jayanya. Sesungguhnya, kerjasama yang diberikan oleh semua rakan-rakan sekelas PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 ini memberikan banyak manfaat.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan terima kasih di atas tunjuk ajar, sumbangan peralatan dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah pembimbing terhadap pengubahsuaian kelas tersebut. 

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment