Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday 16 September 2012

:: Selamat Hari Malaysia ::

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Terlebih dahulu, kami PPISMP Sejarah GSTT ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat di seluruh Malaysia, tak kira di mana jua anda berada. 



Sebelum itu, jom kita imbas kembali sedikit tentang sejarah Penubuhan Malaysia. Semoga ceritera sejarah ini sentiasa mekar dalam ingatan kita bersama, insyaAllah !...

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969. 



Oleh kerana, 16hb. September jatuh pada hari ahad, maka cuti umum disambung kepada 17hb.September bersamaan hari Isnin. Jadi, sekali lagi kami ingin mengucapkan Selamat Bercuti buat semua rakyat di seluruh Malaysia, tidak kira di mana jua anda berada ok..enjoy your holiday !...



Sekian, Wassalam..

No comments:

Post a Comment