Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Monday 3 September 2012

:: Majlis Hari Raya Terbuka 2012 ::

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada 29 Ogos yang lalu, bersamaan hari rabu kelas kami telah mengadakan sambutan hari raya terbuka yang bertempat di kelas Salong, IPG Kampus Keningau. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut disambut dengan penuh kemeriahan. Turut memeriahkan suasana juga, rakan-rakan seperjuangan dari kalangan kelas BM 1 GSTT dan BM 2 GSTT bersama-sama bergabung menyambut hari raya terbuka tersebut. Majlis hari raya terbuka tersebut merupakan acara sambutan hari raya yang melibatkan gabungan dan kerjasama di antara 3 buah kelas.

Tenaga pengajar yang terdiri dalam kalangan para pensyarah IPG.Kampus Keningau juga sudi menghadirkan diri ke sambutan hari raya terbuka yang diadakan secara serentak di antara 3 buah kelas iaitu, Kelas Sejarah GSTT, kelas Bm 1 GSTT, dan kelas BM  2 GSTT. 

Jom kita saksikan beberapa buah gambar yang sempat dipetik. Memang sangat meriah. 



tengoklah, geng-geng 'bujang senang' ni...memang rajjjjiiiiiinnnnn sangatttt....hehe

ish3x...berebut makanan nampak....

cikgu Firdaus dan Cik Hayati merupakan tetamu pertama

cikgu rodzita dan cikgu Thadius...

Sir Lucas pun sudi hadir...

Puan Afinah turut sama menjamu selera..



Yaseer sempat bersalaman dengan En.Mazlan..tp, tgklah apa kat tangan yaseer tu..hehe

semasa mengemas kelas untuk  sambutan Majlis Hari Raya Terbuka


Tolong-tolong tengok kerja o'on potong kek lapis...

nyam2x..enak sungguh hidangan di atas meja tu...

Sebelum tetamu hadir, Aina(duduk tepi <kiri) dari kelas jiran sempat menjenguk kelas kitorg...

wah..smua berkumpul ramai2...snap gambar...

ni plak, juruteknik handle setting untuk lagu Hari Raya...hehe

Corina...Gumat buat apa di belakang tu...

apa la yg Ainol tengah cakap dgn Lifah tu, nmpk terkejut je...




Gumat sempat interprem lagi..



Cikgu Shamrin bersama anaknya...

Mai tengah melayan tetamu tu..Puan Afina dan Encik Halim..

evelyn & dede..

Evelyn, dede, tielah dan Nita..

para pensyarah yang sudi hadir...

Hafiza dan o'on...

Cikgu Jais pun sudi hadir...

Sir Chansithekar dan En.Johan (Tutor Sejarah

Shirah dari kelas jiran(BM1 GSTT) turut datang memeriahkan suasana..


Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut memang meriah. Ianya merupakan pertama kalinya diadakan untuk tahun yang pertama ini. Sejuta pengharagaan terima kasih kami ucapkan buat para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang sudi menghadirkan diri. Tanpa kehadirin semua yang terlibat sambutan kali ini tidak akan berjaya dengan jayanya .Tidak lupa juga, penghargaan terhadap layanan penuh kemesraan yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan dari kelas jiran yang sudi menjemput kami menjamu selera dan berhari raya ke kelas mereka.


Akhir kata, harapan kami semoga pada masa akan datang semangat kerjasama seperti ini akan berterusan dan berkekalan.

Sekian, Terima kasih. 


No comments:

Post a Comment