Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Tuesday, 27 May 2014

Selamat Bercuti Semester

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Seperti yang anda sedia maklum, peperiksaan semester bagi Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia baru sahaja selesai dengan jayanya, syukur alhamdulillah. Oleh itu, kami Geng Ops Sejarah IP Keningau Sabah ingin mengucapkan ...




Maka, isilah masa yang ada dengan perkara bermanfaat, in shaa ALLAH...


Jangan ketinggalan untuk mengunjungi laman perkongsian nota kami di >>> Nota Geng Ops Sejarah-IP Keningau Sabah. Untuk pengetahuan anda juga, semester depan bermulalah semester 3 bagi kami para pelatih PISMP Sejarah ambilan Jun 2013.

Akhir kata, sehingga bertemu di permulaan semester akan datang.

Sekian, Wassalam.

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru + Selamat Menduduki Peperiksaan...

Assalamaualaikum dan Selamat sejahtera,

Di kesempatan ini, kami merupakan pelatih PISMP Sejarah ambilan khas Jun 2013 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru. Tanpamu siapalah kami. Terima kasih, cikgu. Jasamu tetap dikenang.


Khas buatmu guru, para pensyarah, warga pendidik dan insan-insan yang tidak pernah jemu mencurahkan bakti mendidik anak bangsa menjadi insan berjaya..





Pada masa yang sama, kami juga mewakili IPG Kampus Keningau, Sabah tidak lupa ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan semester buat semua warga Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. 



Semoga berjaya dengan jayanya. Jangan lupa, sentiasa amalkan doa berikut, in shaa ALLAH...



Sekian, Wassalam.

Saturday, 22 March 2014

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sedar tak sedar, cuti sekolah telah pun bermula. Oleh yang demikian, kami mengucapkan selamat bercuti buat semua yang bercuti. Manfaatkan cuti dan masa lapang anda dengan perkara bermanfaat, In shaa Allah..

Pada masa yang sama juga, diucapkan selamat melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat semua rakan-rakan guru pelatih yang terlibat semasa buka sekolah akan datang. Semoga berjaya dengan cemerlang di sekolah masing-masing, okey...


Sekian, Wassalam...

Tuesday, 18 March 2014

Lawatan Sambil buat Kajian dari Geng OPS Sejarah...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 15 Mac yang lalu bersamaan hari sabtu, kami iaitu para pelatih PISMP Sejarah ambilan Jun 2013, IPG Kampus Keningau telah mengadakan satu lawatan sambil belajar yang bertempat di Muzium Sabah, Kota Kinabalu Sabah. Program  ini adalah sebagai memenuhi sukatan pembelajaran yang dipelajari pada semester ini. Bukan itu sahaja, melalui program ini ianya juga boleh dijadikan sebagai aktiviti kelas yang merupakan satu bentuk pendedahan kepada guru untuk meneroka persekitaran. Malahan, ia juga dapat memberi idea atau rangsangan minda kepada pelatih untuk meningkatkan tahap kendiri yang positif sambil mengutamakan semangat kerjasama berpasukan selain menimba lebih banyak pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan.


Program ini merupakan program pemurnian dan perlu dilaksanakan sebagai pendedahan kepada Kursus SJH 3104 iaitu Sejarah Lisan bagi membolehkan guru-guru pelatih mencapai objektif pembelajaran berdasarkan sukatan proforma kursus program persediaan ijazah sarjana muda.

Kami turut berterima kasih di atas kerjasama dan keizinan dari pihak Muzium tersebut yang sudi berkoleberasi bersama kami bagi sesi rakaman di tempat tersebut. Di atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak muzium tersebut, kami dapat membuat kajian dan pembentangan berkaitan maklumat-maklumat yang kami perlukan bagi memenuhi proforma.

Mari kita sama-sama saksikan beberapa rakaman yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera :

Aktiviti semasa sesi kajian di muzium :












Acara penutupan serta sesi pembentangan dan aktiviti sesi soal jawab bersama pegawai Muzium:



















Setelah selesai di Muzium Sabah kami meneruskan persinggahan di Muzium Tamadun Islam, Kota Kinabalu Sabah bagi menunaikan solat.



Menjamu selera :





Aktiviti sebelum bertolak balik dan setibanya di IPG Kampus Keningau :










Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semuanya berkat kerjasama dari semua pihak yang terlibat. Penghargaan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada pihak muzium yang sudi menerima kunjungan kami serta memberikan layanan yang cukup istimewa. Tidak ketinggalan juga, penghargaan terima kasih kami buat pensyarah pengiring, Encik Shamrin Surip yang sudi menjadi pensyarah pengiring bagi lawatan kali ini.

Akhir kata, kami berharap aktiviti-aktiviti seumpamanya ini tidak akan berakhir sampai di sini sahaja, malah berterusan lagi di masa-masa mendatang kelak. Semoga perancangan masa akan datang akan berjalan dengan lebih baik lagi, inshaa Allah...

Sekian, wassalam.