Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Sunday, 16 March 2014

Kejohanan GERKO Bola Tampar Tahun 2014 anjuran PISMP Sejarah Semester 2...

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Pada 11 Mac yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan GERKO 2014. Pengelolaan ini adalah bertujuan untuk menilai pemarkahan GERKO bagi para pelatih ambilan Jun 2013 di IPG Kampus Keningau. Kami adalah para pelatih yang menganjurkan kejohanan GERKO bagi Bola Tampar tahun 2014.

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan baik berkat kerjasama dari semua AJK dan para peserta dari setiap batalion. Pada kali ini, ianya melibatkan komitmen daripada setiap batalion yang terdiri daripada batalion Monsopiad, Mat Saleh, Antanom dan Korum. Jom kita saksikan beberapa rakaman dari lensa kamera kami :

Sebelum pertandingan berlangsung :


























Semasa pertandingan berlangsung :



























Selepas pertandingan berlangsung :



Hari terakhir, semasa penyampaian hadiah :






Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tidak terdapat sebarang masalah serius semasa mengelolakan kejohanan ini. Sekali lagi, kami selaku AJK pengelola bagi kejohanan GERKO pada tahun 2014 ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam acara kejohanan GERKO pada kali ini. 

Semoga di masa akan datang lagi, akan jadi lebih baik. Akhir kata, kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan semasa program kejohanan ini berlangsung. Sesungguhnya yang kurang itu datangnya dari kelemahan kami sendiri dan yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, 4 February 2014

Selamat Tahun Baru Cina 2014

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Cuti bersempena perayaan Tahun Baru Cina baru sahaja berakhir. Belum terlewat kiranya, jika kami mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakyat di Malaysia yang merayakannya. Semoga tahun ini memberikan limpah kurnia rezeki buat kita semua.

Sekali lagi dari kami...



Sekian...

Thursday, 2 January 2014

Selamat kembali ke Kampus...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Cuti sekolah sudah pun berakhir ke penghujungnya. Bermulalah tahun baru 2014, maka berakhirnya penghujung Tahun 2013. Sesungguhnya banyak kenangan dan nostalgia yang terpaksa ditinggalkan. Namun, perjuangan perlu diteruskan. Oleh itu, kami Geng Ops Sejarah IP Keningau mengucapkan selamat kembali meneruskan tugas yang belum selesai.


Tahun 2014 juga bermulalah semester baru bagi kita semua para mahasisiwa. Jadi, semoga tabah dalam menghadapi rintangan dan cabaran mendatang, in sha ALLAH...


Mari kita bersama dengan semangat yang baru, semangat yang lebih kuat lagi...


Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan selamat kembali ke kampus buat seluruh pelajar-pelajar di seluruh dunia. Semoga maju jaya, Amin Ya Rabbal'alamain..

Sekian, Wassalam.