Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Wednesday 17 April 2013

:: Sukan & Rekreasi di TVRC (Tambunan) ::

Assalamualaikum & selamat sejahtera, 

Rasanya sudah lama laman ini sepi tanpa khabar berita, bukan apa untuk pengetahuan anda semua kitorg sebagai para pelatih ipgk Keningau agak sibuk dengan keterlibatan bermacam-macam program dan acara yang wajib dilaksanakan seperti yang tertetera di dalam proforma. 

Bermulanya pada 3hb. April sehingga 07 April 2013 yang lalu, telah berlangsungnya program perkhemahan 'Sukan dan Rekreasi' bagi memenuhi proforma PJ3311P4. Program ini sangat memberikan banyak kepentingan kepada semua warga pelatih khususnya. 

Di antara objektif program ini ialah :
1. Merancang, mengurus dan mengelola aktiviti-aktiviti Sukan Rekreasi.
2. Menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri.
3. Menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan, kekayaan alam semulajadi dan isu-isu semasa alam sekitar.
4. Mempertingkatkan pembelajaran menerusi pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza.
5. Membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
6. Menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan dan kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme.
7. Memperkembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera dan/atau cemas.

Tidak sahnya kiranya kita tidak menyaksikan gambar-gambar yang sempat dirakamnkan melalui lensa kamera aotomatik kitorg ni. Jom sama-sama kita saksikan bersama, semoga anda terhibur dan memperoleh kepentingan melalui kisah kali ini.

rakan-rakan pelatih yang bertungkus lumus bekerjasama menyelesaikan pinggan mangkuk
ini merupakan acara bagi slot 'Ikhtiar Hidup'. Pelatih sedang berusaha menghasilkan roti nan tanpa menggunakan kuali.
para pelatih menunggu giliran untuk acara slot 'abseiling'
eve & nita...
noralifah & dyan...
fiza & mai...
dayot & o-on...
ni sumandak-sumandak yang ayu2 gitu...
para pelatih sangat enjoy bagi acara slot 'Lake crossing'..
sebelum bertolak, para pelatih mengemas kini kedudukan di dalam bas. Semuanya dalam keadaan gembira dan teruja gitu
perbincangan dalam kumpulan bagi slot 'Ikhtiar hidup'. Masing2 memberikan buah fikiran
wah..evelyn tengah berusaha memotong ubi kayu..chayo2x..
yasser tengah menghidupkan api bagi memulakan masakan
corina nampaknya menggunakan buluh untuk menghidupkan api
apa jeff buat tu?...hehehe
air yang tumpah, dibersihkan seadanya..ini merupakan kawasan dapur tempat acara memasak-masak dan menyediakan makanan
para pelatih bekerjasama menyiapkan khemah induk, sampai panjat-memanjat mereka2x ini...
ini merupakan acara bagi slot "Aktiviti Air"..
Sir Richard memberikan sedikit penerangan kepada semua pelatih

acara berkayak, nampaknya para pelatih begitu enjoy..

ini pula merupakan permulaan tibanya para pelatih ke TVRC..banyak sungguh barang2x yg di bawa...mcam pindah rumah jak la...hehe

acara kali ini adalah dalam slot 'Lake Crossing'..memang mencabar dan sememangnya menyeronokkan
setelah selesai, semuanya kepenatan tapi masih bersemangat waja..hehehe..memang best sangat !!!

ini adalah slot 'Team Building'. Kumpulan ini mempunyai motifnya yang tersendiri dengan binaan menara yang dihasilkan mereka..


wow...slot paling best iaitu slot 'Ikatan & Abseiling'.. Para pelatih belajar cara menguruskan  acara abseiling ini sendiri..
 


sememangnya menyeronokkan dan dapat membina daya tahan para pelatih...
noralifah dan latif menghasilkan resepi roti canai mereka...
daniel memotong buluh untuk menghasilkan resipi bagi kumpulan mereka
kumpulan yang memenangi acara bagi slot 'Ikhtiar hidup'...tahniah
Slot : Kajian Flora & Fauna

slot: floralista

para pelatih diberikan peluang untuk meninjau dan melihat pemandangan di persekitaran perkampungan Tambunan.


para pelatih menjamu selera..semuanya begitu berselera...

Memang tidak dapat dinafikan, program Sukan & Rekreasi ini banyak memberikan kepentingan kepada para pelatih. Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti mata pelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga Institut Pendidkan Tinggi Awam (IPTA).

Tidak ketinggalan, kami mewakili semua warga pelatih GSTT PPISMP Semester 3 Ambilan Disember 2011 mengucapkan ribuan terima kasih buat semua fasilitator yang terdiri oleh para pensyarah di unit Ko-Kurikulum dan Pendidikan Jasmani di atas kejayaan pelaksanaan program Sukan Rekreasi yang kami sertai pada kali ini :


PENASIHAT
PUAN RUJINAH MIKI (PENGARAH IPG KAMPUS KENINGAU)
ENCIK BAHAROM BIN MOHD NOOR ( TIMBALAN PENGARAH)
PUAN VASANTHI A/P SUBRAMANIAM (SETIAUSAHA AKADEMIK)

PENGERUSI
ENCIK JAIS SIARUS
(KETUA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

SETIAUSAHA
PUAN AINI@ANNIE PILLIN
(PENYELARAS SUKAN DAN REKREASI)

AHLI JAWATANKUASA
ENCIK BUDIMAN APBA
ENCIK RICHARD KAJIM
PUAN ANNIE PILLIN
ENCIK ISMAIL THANI
ENCIK SHAMRIN BIN SURIP
ENCIK AHMAD YASSIN
ENCIK RONALD YUSRI BATAHONG
ENCIK AGUS YANUL
ENCIK SP SUBRAMANIAM
**** & ****

URUSETIA / LOGISTIK
ENCIK WILMES JOIMIS
ENCIK ASING ANSAWANG

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan khasnya buat semua fasilitator yang bertugas semasa program ini berjalan seandainya kami pernah melakukan kesilapan sepanjang program ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari yang maha Esa dan yang buruk itu dari kelemahan kami sendiri.


Akhir kata, semoga program-program yang akan datang berjalan dengan lebih lancar dan terbaik dari yang terbaik, insyaALLAH !!!..

Sekian, Wassalam.




4 comments:

  1. wow...paling manang bha ni aktiviti...tahniah kepada semua...mmg enjoy & siuk kan kawn2..hahaha ....kenangan paling manis dlm sem3 ni.....

    ReplyDelete
  2. ya...kenangan terindah....plg best part 'tersalah tinguk jam' masa group camping d rumah misteri...hahaha

    ReplyDelete
  3. aik2... mcm sia tau itu tau...... hahahahahaha... kenangan bha tue... jam 3 la sangat aaaa...kan gelap, sekali tingk jam 6..oppsss !! da terlewat... hahaha

    ReplyDelete
  4. sama la tue crita kita yah...hahaha...tersalah betul bah tinguk jam...keteguran kali...hehe..kami tinguk bru jam 4.05 minit rupanya jam 5.05 uda..so, tido la kan, sekalinya sampai jam 5.30 uda bru la tersedar bah...mmg lawak ke der btol...hehehe

    ReplyDelete