Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Wednesday 18 July 2012

:: Program Serentak Senamrobik 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia ::

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 10 Julai yg lepas, IPGK. Keningau telah mengadakan suatu program Senamrobik 1 Sukan 1 Malaysia. Program ini sememangnya berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia. Acara senamrobik ini bertempat di padang hoki IPGK.Keningau. Ianya melibatkan semua pelatih IPG, para pensyarah, serta kakitangan IPGK. Keningau.

Program senamrobik ini turut melibatkan kerjasama serta sumbangan tenaga para pelatih dari Opsyen PPISMP Sejarah Amb. Dis 2011 selaku AJK bertugas. Bertuahnya program ini adalah, ianya dirasmikan oleh Tan Sri Sufian Koroh.

Jom kita saksikan beberapa gambar yang sempat dipetik semasa berlangsungnya program senamrobik ini.

AJK bertugas semasa sesi pendaftaran

Para pelatih dari beberapa opsyen turut mendaftarkan nama masing-masing



AJK Pendaftaran setia menunggu di kaunter pendaftaran

En.Jais (selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan) turut turun padang







Keseluruhan AJK Pendaftaran (Para Pelatih dari Opsyen PPISMP Sejarah Amb.Dis. 2011)


Para Pelatih dari beberapa opsyen bersedia menunggu aktiviti senamrobik yang bakal berlangsung beberapa detik sahaja lagi




Ucapan perasmian oleh Tan Sri Sufian Koroh

Kehadiran para pensyarah turut menjayakan kelancaran program ini

Namun, yang pasti segalanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Semuanya berkat komitmen para AJK bertugas dan tentunya respon yang positif dari para pelatih, para pensyarah serta warga kerja IPG Keningau dalam menjayakan program serentak Senamrobik, 1 Murid,1 Sukan, 1 Malaysia ini.

Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan pihak terlibat, sijil penyertaan telah pun sempurna diedarkan buat mereka yang turut menyertai program ini.


Sekian, Wassalam..




No comments:

Post a Comment