Jom menabung dengan klik this my nuffnangg, TQ

Friday, 13 May 2016

Lawatan Persatuan ke Kundasang

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pada 28-29 April yang lalu, Family History Lover merangkap Pelatih PISMP Sejarah Ambilan Jun 2013, IPG Kampus Keningau telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi memenuhi proforma Persatuan Sejarah Kod Kursus WAJ3131.

Lawatan 2 hari 1 malam ini berlokasi di sekitar Ranau-Kundasang. Banyak aktiviti bermanfaat yang sempat dilaksanakan sepanjang lawatan tersebut.

Pensyarah pengiring yang turut terlibat ialah Sir Abdul Kadir Mohd. Azis,(Pensyarah Jabatan Kajian Sosial),  Pn. Lydia Teo(Pensyarah Jabatan Sains & Matematik) serta Pn. Afinah A.D Matsud (Pensyarah Jabatan Kajian Sosial).

Jom kita saksikan beberapa rentetan gambar berkenaan aktiviti yang berlangsung tersebut :

Beberapa peristiwa yang sempat dirakamkan melalui lensa kamera kami, iaitu gambar sebelum bertolak :




Berkumpul di hadapan bas :














Pelatih bersama pensyarah penasihat iaitu Puan Lydia Teo dan mentor iaitu Dr. Ronald Yusry Batahong :




Mengunjungi Tugu Mat Salleh yang terletak di sekitar daerah Tambunan Sabah :























Singgah Makan tengah hari di Ranau....



Seterusnya perjalanan ke Nunuk Ragang ....

























Setelah berehat seketika, perjalanan kami diteruskan lagi sehingga ke Ladang Teh, Ranau..








Sebelah petangnya, kami meneruskan aktiviti di Poring, iaitu kawasan Kolam Air Panas. Terdapat banyak sejarah yang terselindung di sebalik pembinaan kawasan ini...

















Setelah itu kami pun menuju ke tempat penginapan, iaitu di homestay Kundasang :

Setibanya di tempat penginapan kami meneruskan aktiviti memasak dan menyiapkan makan malam....












Apabila aktiviti memasak selesai, apa ditunggu lagi.. Teruslah menjamu selera bersama dengan pensyarah pengiring...















Aktiviti diteruskan lagi.. Terdapat sedikit sesi soal-jawab dan kuiz uji minda...










Keesokan harinya iaitu pada hari kedua pula kami bersiap mengemas barang dan bersedia meninggalkan homestay penginapan di Kundasang tersebut :






Lawatan kami diteruskan ke Desa Cattle, Kundasang...

Perjalanan menaiki bukit menuju ke Desa Cattle.....








Tiba di Desa Cattle....









Aktiviti yang berlangsung semasa di Desa Cattle, kami diberikan ceramah dan perkongsian menarik tentang cara pemprosesan susu lembu dan banyak lagi oleh staff di tempat terbabit...














Seterusnya aktiviti diteruskan melawat Ladang Lembu...





















Balik meninggalkan Desa Cattle...









Lawatan kami diteruskan ke War Memorial Park. Ianya merupakan tempat bersejarah yang banyak menyimpan kenangan para pejuang tanah air suatu ketika dahulu....


















Singgah di Pekan Kundasang...























Lawatan kami hampir berakhir ke penghujungnya. Sebelum balik ke IPG Kampus Keningau kami singgah di Masjid Pekan Ranau bagi menunaikan solat dan menjamu selera...







Berakhirlah sudah Program Lawatan Sambil Belajar kami pada kali ini. Syukur alhamdulillah, walaupun terdapat dugaan dan cabaran yang tidak dapat dielakkan namun kami dapat mengatasinya dengan segera.

Banyak input yang dapat kami perolehi daripada program ini.

Kejayaan program ini adalah berkat dari kerasama pelbagai pihak dan agensi yang sudi memberikan kerjasama. Ucapan penghargaan terima kasih tidak terhingga kami kalungkan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga program yang akan datang akan dapat dijayakan dengan lebih baik lagi dari semasa ke semasa, In shaa Allah !!!

 Sekian, Wassalam.

Wednesday, 30 March 2016

Semester baru.. 2016

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera....

Semester ini merupakan semester baru bagi kamiorang. Sedar tak sedar, semester ni adalah semester 6 (enam). Pada masa yang sama juga, kami telah menjalani praktikum fasa kedua.


Tempoh dua bulan praktikum latihan mengajar tersebut telah berlalu. Banyak pengalaman dan pengetahuan penting yang kami perolehi semasa praktikum tersebut.

Pada semester ini juga, banyak lagi pengetahuan dan pembelajaran baru yang akan kami pelajari.


Oleh itu, doakan semoga perjalanan kami dalam semester ini akan sentiasa dipermudahkan. Amin ya rabbal'alamin....

Sekian, Wassalam.

Friday, 30 October 2015

Pelancaran Program Minggu Alam Sekitar.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 13 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya Pelancaran Minggu Alam Sekitar. Ianya bertempat di Astaka, Padang IPG Kampus Keningau Sabah. Program ini bertujuan untuk menanam nilai-nilai kecintaan terhadap alam sekitar.

Setiap Jabatan, Unit dan Opsyen akan dibahagikan kepada beberapa bahagian penanaman pokok. Bagi opsyen kami yang berada di bawah Jabatan Kajian Sosial telah diberikan pokok buah durian untuk ditanam.

Jom kita saksikan bebrapa slot berikut :

Sebelum penanaman pokok durian











Semasa aktiviti penanaman...




















Selepas aktiviti ..




Kami sempat merakamkan kenangan bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Hj. Baharom Mohd. Nor yang akan berpindah untuk urusan kenaikan pangkat sebagai Pengarah di IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan...





Di bawah ini pula hasil penanaman pokok buah durian kami selepas 1 minggu kemudian...





Kebiasaannya pokok buah durian akan menghasilkan buahnya selepas 3-5 tahun berikutnya. Jadi, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga ianya membuahkan hasil kelak.. amin ya rabbal'alamin...

Sekian, Wassalam.