Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kita semua sudah sedia maklum bahawa, 31.Ogos merupakan Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita Malaysia. Hari ini merupakan hari bersejarah yang disambut dengan penuh semnagat patriotisme oleh semua rakyat berbilang kaum di negara kita. Oleh itu, sempena hari penuh bersejarah ini, kami mengucapkan Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang KE-55.
Marilah kita bersama-sama menyemai semangat nasionalisme dalam diri masing-masing. Jika diimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang mempertahankan negara kita, bukan senang sebenarnya bagi mereka menuntut kemerdekaan dan memperjuangkan keselamatan serta keamanan negara kita dari belenggu para penjajah.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang dan semangat cintakan tanah air kita. Melalui peperangan dan perjuanganlah langkah yang membawa kepada kemerdekaan. Jangan sesekali membiarkan diri anda berada dalam belenggu "Penjajahan Minda". Usah biarkan minda kita dijajah sekali lagi, hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment